Lebih 20 rumah hangus

Posted on

DIANGGARKAN lebih 20 rumah musnah membabitkan kira-kira 100 mangsa dalam satu kebakaran di Kampung Hidayat, Batu Empat, Tawau, jam 3.30 petang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak.

Setakat ini, belum ada laporan lanjut mengenai punca kebakaran dan jumlah sebenar mangsa, manakala ratusan penduduk di penempatan berhampiran laut itu berusaha menyelamatkan diri dan harta benda.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *