lama tak datang bulan, isteri berjumpa doktor namun tak sangka rupanya ini yang berlaku

Posted on
OVARIAN CYST DAN EPO

“Assalam Dr. Saya Pn N. Saya ada kemunsykilan sedikit. Saya dah berkahwin 2 tahun dan masih berlum dikurniakan anak. Minggu lepas saya ke klinik sebab saya tak datang bulan selama 53 hari. Doc di klinik buat scan dan katanya ada cyst di kiri dan kanan ovari saya.

Tapi sebelah kiri lebih besar berbanding kanan. Doc bagi saya epo dan asid folic makan untuk 3 bulan. bila saya google tentang epo katanya epo menggalakkan lagi pertumbuhan cyst. Persoalan saya adakan epo menyebabkan cyst lagi cepat membesar? Terima kasih”

Wa’alaikummus salam.

Puan telah berkahwin selama 2 tahun dan mengalami masalah kitaran haid yang berpanjangan. Doktor di klinik telah melakukan pemeriksaan dan mendapati puan mengalami cyst di sebelah kanan dan kiri. Doktor memberikan puan EPO dan folic acid.

Ovarian Cyst sebenarnya ialah kelompong nipis yang mengandungi cecair, yang berada di dalam ovari. Kelompong seperti ini biasanya normal bagi seorang wanita kerana kelompong ini mengandungi ovum (telur wanita) yang akan disenyawakan dengan sperma. Namun jika ia tidak menetas, dan saiznya melebihi 20mm, atau 2cm, maka ianya dinamakan ovarian cyst.

Wanita yang mempunyai masalah ketidaksuburan (sukar hamil) tidak semestinya tidak boleh hamil. Ovarian Cyst mungkin mengganggu kesuburan bagi wanita yang ingin hamil, tetapi ia bukanlah punca masalah ketidaksuburan.

Ini kerana 30% masalah sukar hamil berpunca dari wanita, 30% pula berpunca dari lelaki, 30% berpunca dari lelaki dan wanita. Sementara 10% masalah sukar hamil ini tidak diketahui puncanya.

Saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan memandangkan puan telah berkahwin selama dua tahun tetapi masih lagi belum hamil.

Berbalik kepada masalah ovarian cyst yang puan alami. Dalam kajian perubatan, ovarian cyst tidak menghalang kehamilan. Ramai wanita yang telah berjaya hamil walaupun mereka mempunyai ovarian cyst. Namun begitu ovarian cyst boleh membesar dan menyebabkan masalah
Antara masalah yang mungkin berlaku apabila cyst menjadi terlalu besar, ia boleh pecah menyebabkan pendarahan yang terpaksa dihentikan dengan pembedahan.

Selain itu cyst yang membesar juga menyebabkan abdomen menjadi mudah kembung sehingga menyebabkan ketidakselesaan.

Oleh itu saya mencadangkan agar puan melakukan rawatan kesuburan bersama dengan masalah ovarian cyst. Setakat ini tiada lagi ubat yang khusus untuk merawat masalah ovarian cyst.

sumber: Ekstrak Kacip Fatimah

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *