Kurup minta rakyat luar bandar tolak pembangkang

Posted on

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengajak rakyat di seluruh pelusuk pedalaman Sabah supaya menolak parti pembangkang, khususnya DAP, kerana kehadiran parti itu di Sabah hanya untuk memecahbelahkan perpaduan.

“Anda perlu tahu bahawa mereka datang di sini untuk mencari kelemahan kerajaan dengan tujuan menghasut rakyat,” katanya pada majlis penyerahan projek kendalian Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) di Kampung Kawakahan, Sook hari ini.

Kurup berkata rakyat pedalaman perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai rekod pencapaian baik membantu rakyat dalam semua aspek.

Katanya Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai komponen yang mewakili BN di kawasan Parlimen Pensiangan, sememangnya komited memperjuangkan nasib rakyat di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi serta pendidikan.

“Kita menyedari bahawa kepentingan pendidikan, sebagai contoh, merupakan agenda utama yang diberi perhatian kerana melalui pendidikan rakyat dapat meningkatkan martabat anak bangsa di persada negara dan antarabangsa,” katanya.

Mengenai projek MPPP, beliau berharap jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dapat memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diberikan dengan memastikan projek yang dilaksanakan mampu memberi pulangan keuntungan maksimum kepada komuniti setempat. — BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *