Kurung Suami Dalam Bilik

Posted on

KUALA LUMPUR – Seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang mengamuk di dalam bilik selepas lelaki itu memecahkan siling dan cermin tingkap kediaman mereka di Kampung Sungai Tua, Selayang, di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan cuba mencederakan wanita terbabit menyebabkan mangsa terpaksa lari menyelamatkan diri.

Wanita terbabit yang bimbang keselamatannya dan anak kemudian meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi pihak polis.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, lelaki itu turut bertindak mengacukan pisau ke arah anak dan isterinya namun berjaya ditenangkan.

Lelaki itu juga dikatakan mempunyai masalah emosi dan tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati ahli keluarga lelaki itu berada di luar rumah bersama pihak polis manakala lelaki itu terkurung di dalam bilik tidur.

“Pihak polis mengambil masa lebih setengah jam untuk memujuk lelaki itu supaya bertenang dan tidak bertindak di luar jangkaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu akhirnya mengalah dengan pujukan pihak polis selain kelihatan kepenatan berikutan kejadian itu.

“Anggota APM mendapat kebenaran pihak polis untuk memberi rawatan kepada lelaki itu yang dilihat sedang terbaring di atas katil,” katanya.

Shahrul Kamar berkata, anggota APM melakukan pemeriksaan terhadap lelaki itu dan didapati dia luka pada bibirnya akibat terkena serpihan kaca.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *