KPD turun padang jadi tular

Posted on

Laluan di simpang empat lampu isyarat di semua arah menghala jalan Keratong-Bahau-Serting Tengah- Ayer Hitam sesak lebih dua jam siang tadi.

KPD turun padang jadi tular

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, kesesakan itu dipercayai mula memuncak sejak jam 5 petang dan berlarutan sehingga jam 7 malam.

“Kenderaan semakin bertambah sehingga mencecah 50 peratus. Namun anggota trafik telah ditempatkan dilokasi berjaya mengawal lalu lintas.

“Setakat jam ini (9 malam) kenderaan kembali berjalan lancar namun agak perlahan. Keadaan ini disifatkan sebagai gelombang pertama, gelombang kedua iaitu keadaan lalu lintas dijangka semakin meningkat menjelang hujung minggu ini.

“Ianya susulan masing- masing sudah mula bekerja seperti biasa bermula Isnin ataupun sebelumnya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sementara itu , tindakan Noorzainy turun padang mengawal lalu lintas dilokasi sehingga keadaan trafik berjalan lancar turut mendapat pujian daripada masyarakat dalam grup WhatsApp.

Sumber: Sinar Harian

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *