Kotak hitam di Bukit Bintang bukan bahan letupan

Posted on

KUALA LUMPUR: Misteri kotak hitam yang ditemui orang awam di tepi peti fius elektrik berhampiran pintu masuk pusat beli belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur terungkai.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 10 malam tadi.

Pemeriksaan lanjut mendapati kotak itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

“Pada jam lebih kurang 1.50 pagi tadi pihak Unit Pemusnah Bom telah memusnahkan bom tersebut.

“Hasil daripada siasatan awal Unit Pemusnah Bom mengesahkan bahan tersebut bukan bahan letupan,” katanya.

Mohd Sukri berkata Unit Pemusnah Bom tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 tengah malam untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti individu yang meletakkan kotak berkenaan di lokasi terbabit.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *