Korea Utara Ancam Mahu Serang Guam

Posted on

SEOUL – Korea Utara berkata ia sedang menilai dengan teliti rancangan untuk menyerang wilayah AS di Guam dengan peluru berpandu.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump memberitahu Utara bahawa sebarang ancaman kepada Amerika Syarikat akan dibalas dengan ‘api dan kemusnahan’.

Jurucakap Tentera Rakyat Korea, dalam satu kenyataan yang dikemukakan oleh agensi berita KCNA kendalian Utara, berkata rancangan serangan itu akan ‘sentiasa diaktifkan’ dan dilaksanakan apabila pemimpin Kim Jong Un membuat keputusan.

Dalam satu lagi kenyataan yang memetik jurucakap tentera berlainan, Korea Utara juga berkata ia boleh melancarkan serangan lebih awal jika Amerika Syarikat menunjukkan sebarang tanda provokasi. – Reuters

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *