‘Kita cari dulu’

Posted on

Johor Bahru: “Buat masa ini kita cari dulu, mana tahu ada rezeki lagi, orang terjumpa atau pulangkan,” kata Amirul Asyraf Mohd Aidi, 20, terhadap netizen yang mahu membantunya untuk mengumpulkan dana bagi membeli alat pendengaran baru untuknya.

Difahamkan, pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) Akula Din memperoleh 12 penderma bagi membantu untuk membelikan alat pendengaran buat penuntut jurusan Diploma Elektronik Kawalan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang itu.

Amirul Asyraf yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan sesi pembelajaran di kampus baru bermula Ahad lalu.

Dia mengakui berdepan kesukaran mendengar sehingga menggunakan khidmat rakannya bagi mendapatkan nota serta bahan kuliah.

“Rutin di kampus berjalan seperti biasa, namun saya kurang berkomunikasi kerana tidak mendengar. Jika di kuliah, saya hanya mengharap bantuan rakan di sebelah untuk menerangkan pembelajaran disampaikan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *