Kiera Tarik Balik Kenyataan Isu Keluar Clever Girl

Posted on

SUSULAN kontroversi berita penarikan diri peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera), gadis itu telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu panas yang kian tular di media sosial.

Petang tadi, graduan Universiti Oxford dan wakil dari Pulau Pinang itu telah memuat naik satu posting gambar menerusi akaun Instagram rasmi peserta Clever Girl, @kiera.clevergirlmy yang menjelaskan isu sensasi tersebut.

Kiera malahan telah mengesahkan bahawa dia sendiri telah memadam posting mengenai sebab utama penarikan dirinya di dalam rancangan realiti ini melalui akaun Instagram rasmi miliknya sendiri iaitu @kieracatkingdom.

Selain itu, dia juga menarik semula kenyataannya atas alasan sudah ada perjanjian dengan pihak produksi TV3 agar tidak memberikan sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri dalam program Clever Girl Musim Ke-2 itu.

Jadi, mana satu yang betul? Pihak produksi ‘berat sebelah’ ataupun Kiera sendiri menarik diri kerana beranggapan dirinya tidak dapat menerima ‘kekalahan’ kecil apabila dia gagal untuk menjawab soalan yang telah diberikan?

Walau bagaimanapun, gadis berusia 27 tahun ini berterima kasih kepada semua penyokongnya. Dia juga mengatakan bahawa apa yang terjadi ini telah memberikan inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus bersemangat dalam apa jua bidang yang mereka lakukan.

Mungkin selepas ini pihak TV3 sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi ini. Kalau hanya sebelah pihak yang bersuara, kita sendiri tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah kan. – MYNEWSHUB.CC

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *