Ketua menteri Sarawak rombak kabinet dan ini senarai barisan kabinet baru Sarawak

Posted on

KUCHING: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebentar tadi mengumumkan rombakan kabinet, dengan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kini dilantik Timbalan Ketua Menteri.

Dua menteri muda, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Talip Zulpilip pula dilantik menteri penuh manakala Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol dan Adun Balai Ringin, kini digalas tanggungjawab sebagai Menteri Muda.

Ketua Menteri turut menukar beberapa kementerian, termasuk meletakkan portfolio perumahan bersekali dengan Kerajaan Tempatan, yang kini dikendalikan oleh Datuk Dr Sim Kui Hian.

Buat pertama kali, portfolio pelajaran turut diletakkan di bawah Kerajaan Negeri apabila galas tugas baharu Datuk Sri Michael Manyin sebagai Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Penyelidikan.

Abang Johari turut melantik Datuk Sri Wong Soon Koh sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E dagang, yang dilihat sebagai usaha memperkemas negeri ini ke arah ekonomi digital.

Pelantikan ini menamatkan teka-teki berhubung pasukan Abang Johari yang selama ini diperkata.

Berikut adalah senarai portfolio baharu Kabinet Negeri Sarawak:

Ketua Menteri

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Timbalan Ketua Menteri

Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Tan Sri Dr James Jemut Masing
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Di Pejabat Ketua Menteri

Datuk Talib Zulpilip

Menteri Muda Undang-undang dan Adat Bumiputera

Datuk John Sikie Tayai

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Menteri Muda Hubungan Korporat

Abdullah Saidol

Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Menteri Kewangan Kedua

Datuk Sri Wong Soon Koh

Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Sumber Alam

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Sumber Alam Kedua

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar

Datu Haji Len Talif Salleh

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Bumiputera dan Pembangunan Wilayah

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Menteri Muda Pembangunan Tanah Bumiputera

Datuk Roland Sagah Wee Inn

Menteri Muda Pertanian

Dr Abdul Rahman Ismail

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan

Tan Sri Dr James Jemut Masing

Menteri Muda Jalan Pesisir

Datuk Julaihi Narawi

Menteri Muda Pengangkutan

Datuk Dr Jerip Susil

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana

Datuk Mohd Naroden Majais

Menteri Muda Industri dan Pelaburan

Malcom Mussen Lamoh

Menteri Kebajikan. Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan
Pembangunan Awal Kanak-kanak
Datuk Fatimah Abdullah

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti

Datuk Francis Horden Hollis

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak

Rosey Yunus

Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan

Datuk Dr Sim Kui Hian

Menteri Muda Kerajaan Tempatan

Datu Dr Pengguang Manggil

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam
Dr Annuar Rapaee

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E dagang

Datuk Sri Wong Soon Koh

Menteri Muda E dagang

Datuk Naroden Majais

Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Penyelidikan

Datuk Seri Michael Manyin Jawong

Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan

Dr Annuar Rapaee

Menteri Elektrik Luar Bandar dan Pembekalan Air

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Muda Pembekalan Air

Liwan Lagang

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Muda Belia dan Sukan

Snowdan Lawan

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *