kes pemandu cina cetus provokasi depan surau, 4 orang ditahan polis beri amaran kepada orang ramai agar tidak viralkan kejadian tersebut

Posted on

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini.

Katanya kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu, telah menjadi tular di laman sosial semalam.

Ini berikutan tindakan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid didapati merusuh dan memukul pemandu terbabit setelah mangsa bertindak membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Kamarul Zaman berkata orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarluaskan kejadian berkenaan dan mengeluarkan sebarang komen yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yg masih degil dengan menyemarakkan api kemarahan,” katanya. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *