Kerana Tekanan Perasaan Dan Putus Cinta Lelaki 22 Tahun Cuba Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 19 Kondominium

Posted on

Batu Caves – Kerana menghadapi tekanan perasaan yang keterlaluan seorang lelaki didapati telah mencuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 19 di Casa Indah Kondominium, Bukit Idaman, lapor Harian Metro.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai berusia 22 tahun telah dilihat sedang duduk dalam keadaan bahaya di koridor luar di bahagian tengah bangunan berkenaan.

Ekoran kejadian berkenaan Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah dihubungi untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Menurut jurucakap BB Selayang, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam ketika jam 5.09 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Ketika mereka tiba di lokasi berkenaan, mereka mendapati lelaki berkenaan masih berada di lokasi kejadian dan mendapati beliau menghadapi tekanan perasaan dan fikirannya dikatakan bercelaru.

Menurut jurucakap terbabit, pada mulanya lelaki terbabit enggan berkerjasama dan menyuruh anggota bomba beredar dari lokasi berkenaan.

Anggota bomba cuba menghampirinya dan menyatakan kebimbangannya sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar dugaan apabila terjun dari bangunan yang mempunyai ketinggian 19 tingkat itu. Walau bagaimanapun, mereka terus memujuk lelaki terbabit dan cuba untuk menenangkannya.

Setelah beliau ditenangkan oleh anggota bomba, lelaki berkenaan menceritakan kenapa dia berbuat begitu. Dia menyatakan bahawa dia telah putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan akibat masalah percintaan yang dialaminya itu. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *