Kerana Satu Kek Hari Jadi Ibu, Empat Sekeluarga Dihalau Keluar Dari Pesawat Penerbangan JetBlue

Posted on

Hanya disebabkan membawa satu kek hari jadi yang dibelikan khas untuk ibu tersayang, empat sekeluarga telah dihalau keluar daripada sebuah penerbangan, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian itu, keluarga berkenaan dipercayai menaiki penerbangan JetBlue daripada New York ke Las Vegas. Cameron Burke, seorang lelaki dan juga bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan bahawa kek tersebut dibawa untuk sambutan hari jadi isterinya.

Ketika mereka berada di dalam pesawat terbabit, kek tersebut telah diletakkan di tempat yang sepatutnya seperti yang diarahkan oleh krew kabin iaitu di atas tempat duduk yang dikatakan tempat berkenaan adalah tempat untuk menyimpan barang-barang penumpang.

Walau bagaimanapun, kekecohan bermula apabila ada krew kabin yang mempertikaikan di mana kek tersebut disimpan yang menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Selepas pertengkaran itu, empat sekeluarga berkenaan telah diarahkan oleh krew kabin supaya keluar daripada pesawat terbabit serta krew berkenaan turut menghubungi pegawai polis untuk meminta bantuan.

Apabila berhadapan dengan pegawai polis, keluarga tersebut menjelaskan punca pertengkaran dan salah seorang pegawai polis telah berpendapat bahawa keluarga Burke tidak membuat sebarang kesalahan seperti yang didakwa oleh krew kabin.

Agak mengejutkan apabila tindakan krew kabin telah mengarahkan kesemua penumpang pesawat tersebut keluar dan difahamkan tindakan krew kabin itu dikatakan adalah semata-mata untuk memaksa keluarga Burke juga turut keluar daripada pesawat setelah keluarga terbabit dikatakan enggan berbuat demikian.

Akhirnya, selepas kejadian itu keluarga Burke turut mendapat semula sejumlah wang bayaran tiket penerbangan yang dibelinya sebelum menaiki penerbangan JetBlue.

Menurut laporan itu, keluarga Burke kini telah bersedia untuk membuat pendakwaan terhadap syarikat penerbangan terbabit tetapi syarikat penerbangan JetBlue telah membuat tuduhan bahawa keluarga Burke tidak mematuhi arahan syarikat penerbangan berkenaan.

Rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan berlaku juga turut tular di media sosial yang menarik perhatian netizen serta turut dikecam di atas tindakan krew kabin pesawat berkenaan. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *