Kerana cinta Nazim

Posted on

Pelakon kacak, Nazim Othman, 32, boleh bernafas lega kerana impian untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai dengan kelahiran lagu Kerana Cinta.

Mungkin ada yang beranggapan Nazim sekadar mengikut ‘trend’ apabila ada beberapa pelakon menghasilkan lagu sendiri.

Bagaimanapun, Nazim menafikannya kerana menjadi penyanyi memang impiannya sejak dulu. Akhirnya selepas sekian lama menunggu, impian itu tercapai juga.

Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, dia serius untuk bergelar penyanyi. Untuk mencapai impian itu, dia sanggup melaburkan puluhan ribu menghasilkan empat lagu tetapi selepas lagu siap, Nazim membuat keputusan untuk tidak menyiarkannya menerusi mana-mana platform.

Katanya, dia berasakan masih ada yang kurang pada lagu berkenaan dan tersilap percaturan ketika menghasilkan empat lagu itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *