Kerana Cemburu Suami Kaki Perempuan Isteri Potong Alat Sulit Dengan Gunting

Posted on

ILOILO CITY – FILIPINA – Akibat tidak lagi mampu menahan dengan sikap suaminya seorang kaki perempuan, seorang wanita telah memotong kemaluan suami dengan menggunakan gunting, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pada 22 April lalu, seorang lelaki, Mark Betita, 33, terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat apabila kemaluannya telah dipotong oleh isterinya ketika dia sedang tidur di rumahnya di bandar Carles.

Wanita terbabit Leizel telah di tahan polis dan kini berada di balai polis di bandar Carles sementara menunggu kes yang difailkan oleh suaminya terhadapnya kerana telah mencederakan suaminya dengan sengaja.

Menurut Leizel, dia mengakui langsung tidak menyesali perbuatannya dengan memotong kemaluan suaminya itu kerana dia menganggap tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran dan juga hukuman kepada suaminya kerana beliau adalah seorang kaki perempuan.

Leizel turut memaklumkan bahawa dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubungan dengan tindakan yang telah dilakukannya itu.

Menurut seorang pegawai polis Carles, Alexis Bataga menjelaskan, menerusi siasatan polis mereka mendapati kedua pasangan terbabit Leizel dan suaminya pada malam kejadian telah mengambil minuman yang memabukkan.

Bataga berkata, ketika suami Leizel dalam keadaan mabuk, pasangan itu terus masuk ke bilik tidur dan tidak beberapa lama selepas itu, mangsa keluar daripada bilik berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Leizel didakwa telah memotong kemaluan suaminya dengan menggunakan sebilah gunting, jelas Bataga lagi.

Ekoran kecederaan lelaki itu yang membimbangkan dia telah dikejarkan ke hospital, namun doktor mengesahkan mereka telah gagal untuk menyambungkan semula zakar mangsa yang dipercayai terputus.

Leizel juga turut memberitahu bahawa dia telah bosan dengan sikap suaminya itu yang dikatakan seorang kaki perempuan dan memiliki teman wanita terbaru baru-baru ini.

Leizel turut mendakwa suaminya yang terbaru itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu, walau bagaimanapun, Mark telah menafikan dakwaan isterinya dan telah nekad untuk memfailkan kes terhadap isterinya itu.

Sumber: Daily Mail, Sinar Harian

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *