Kerajaan sasar lebih ramai kaum India di IPTA

Posted on

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kemasukan pelajar kaum India di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara ini kepada 7 peratus.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, 1,500 tempat di pusat matrikulasi turut disediakan bagi pelajar dari kaum tersebut.

“Kita ingin pastikan tiada anggota masyarakat kaum India dinafikan peluang untuk maju ke hadapan,” katanya.

Perkara ini merupakan antara perkara yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India (Malaysia Indian Blueprint) yang dilancarkan beliau di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Selain pendidikan, perdana menteri turut menyentuh aspek keusahawanan dan juga program-program lain bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang mengucapkan terima kasih kepada Najib atas komitmen yang diberi dalam merancang MIB.

“Ini merupakan dokumen rasmi kerajaan yang pertama dalam sejarah bagi pembangunan komuniti India.

“MIC sendiri pernah merangka pelan untuk kaum India. Namun, ini adalah kali pertama, Kerajaan Persekutuan membentangkannya sebagai dokumen rasmi,” kata Dr Subramaniam.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *