Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

Posted on

Keletah si comel bila diberikan kotak memang sungguh mencuit hati. Kadang-kadang boleh tergelak sendiri dibuatnya punyalah bersungguh dia nak masuk muatkan badan ke dalam kotak kecil tu kan. Satu video dari 9Gag mempertontonkan kecomelan seekor kucing yang gebu untuk memasukkan dirinya ke dalam kotak sempit. Sunggu mencuit hati penonton!

Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

Ini videonya:

Pernah tak terfikir kenapa kucing sukakan kotak sempit? 

Menurut saintis, kucing menyukai kotak kerana ia adalah sifat semulajadi pemangsa yang ada dalam dirinya. Pemangsa sebagaimana ular, biawak dan buaya sangat suka untuk bersembunyi di tempat yang tersorok dan tidak kelihatan.

Satu laporan daripada veterinar Claudia Vinke dari Universiti Utrecht, Netherlands mengkaji hubungkait sifat semulajadi kucing dan persekitarannya memberitahu – kucing melihat kotak sebagai satu tempat perlindungan.

Kucing yang diberikan kotak adalah lebih mudah mesra dengan persekitarannya kerana dia merasa selamat sedangkan kucing yang dibiarkan tanpa sebarang kotak atau tempat persembunyian, menyebabkan ia sedikit garang dan tidak mesra dengan persekitarannya.

Kajian ini turut disokong oleh Stephen Zawistowski seorang penasihat sains kepada American Society for Prevention of Cruelty to Animals menegaskan – kucing adalah haiwan dalam golongan “Cryptic” iaitu haiwan yang suka bersembunyi dan menyendiri. Sifat semulajadi kucing yang setara dengan harimau dan singa membuatkan kucing juga suka untuk memerhati keadaan sekelilingnya.

Namun apa yang sentiasa menjadikan ia lucu, walaupun kotak itu kecil si comel tetap mahu memuatkan dirinya didalam kotak. Tidak semestinya juga sebuah kotak, kucing turut suka kepada mana-mana tempat yang sempit seperti laci dan shopping bag.

Kalau diikutkan rasa nak picit-picit kan kucing yang pandai menyembunyikan diri ni. Comel sangat! Bila kucing dah tidur dalam kotak, kucing boleh habiskan 8-12 jam dengan tidur di situ kerana terlalu selesa dan hangat.

Jika anda ada kucing di rumah, boleh lah cuba berikan kucing anda permainan ini. Tak perlu gunakan modal yang banyak. Cukup dengan mencari kotak-kotak terbuang yang boleh dikitar semula. Berikan kucing anda satu ruang yang boleh buat dia selesa dan rasa selamat.

Pastinya bila kucing kita rasa gembira, banyak lagi keletah manjanya akan kelihatan. Pasti ceria hidup kita kan dengan aksi-aksi manja dan bersahaja kucing-kucing ini. Boleh hilangkan stress tatkala pulang dari tempat kerja.

Selamat mencuba!

Sumber: Amazingnara

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *