‘Kemenangan bersejarah’

Posted on

PENGURUS pasukan bola sepak Jerman, Joachim Loew memuji skuad mudanya selepas mereka menewaskan Chile 1-0 untuk menjulang Piala Konfederasi , hari ini.

Loew meninggalkan pemain berpengalaman seperti penjaga gol, Manuel Neuer serta Jerome Boateng, Sami Khedira, Toni Kroos dan Thomas Mueller namun Jerman masih mampu menewaskan juara Asia, Afrika, CONCACAF dan Amerika Selatan dalam kempen mereka.

Skuad Jerman mempunyai purata umur kira-kira 24 tahun berbanding lebih 30 tahun bagi Chile.

Kapten Julian Draxler, 23, adalah pemain paling berpengalaman dengan 35 penampilan.

“Saya sangat bangag dengan pasukan ini kerana mereka hanya bermain bersama selama tiga setengah minggu.

“Semangat dan keinginan untuk menang memang kuat dan dapat dirasai dalam setiap sesi latihan, setiap hari. Dengan itu kejuaraan ini amat berpatutuan.

“Kemenangan pemain muda ini adalah satu pencapaian bersejarah, unik dalam sejarah Jerman dan cemerlang,” katanya.

STINDL menjaringkan gol tunggal perlawanan. FOTO Reuters

Dalam saingan awal pagi tadi, Chile mendominasi perlawanan akhir itu.

Namun, Lars Stindl berjaya merampas bola dengan mudah daripada pemain tengah Chile, Marcelo Diaz untuk menjaringkan gol tunggal pada minit ke-20.

Chile terus mengasak namun gagal menyempurnakan cubaan dan hampir menghadiahkan Jerman satu lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama hasil kesilapan pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara.

Bagaimanapun, cubaan Leon Goretzka itu diselamatkan Claudio Bravo.

Chile hampir menyamakan kedudukan pasa masa tambahan namun sepakan percuma Alexis Sanchez berjaya ditolak penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen.

Teknologi video juga terpaksa digunakan pada separuh masa kedua apabila Jara menyiku muka Timo Werner.

Pengadil dari Serbia, Milorad Mazic yang pada mulanya tidak menyedari kejadian itu dimaklumkan pembantu video dan hanya melayangkan kad kuning kepada Jara dan bukannya kad merah.

Kemenangan ini adalah yang pertama untuk Jerman.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *