Keluarga Hargai Aku

Posted on
Keluarga Hargai Aku

Keluarga, Hargai Aku

Hai, hope confession aku kalini disiarkan admin. Hihihi.

Nama aku N. Berusia 21 tahun dan telah bertunang. Aku anak yatim. Ada emak tapi tiada abah. Abah meninggal semasa aku berusia 13 tahun. Aku mempunyai 6 orang adik beradik dan aku anak yang keempat. Yang pertama dan kedua perempuan, ketiga lelaki, keempat hingga keenam perempuan. FYI, kakak dan abang aku ada pemegang ijazah dari universiti tempatan. Tapi aku, hanya setakat SPM. Bagi aku setakat SPM tu bukanlah tak bagus. Asalkan habis sekolah. Settle!

Bukannya takde peluang melanjutkan pelajaran untuk aku. Berbelas surat tawaran dari institut pendidikan yang menawarkan kursus yang memang aku inginkan.
Tapi aku ada sebab knp aku taknak pergi. Sebabnya mak aku. Aku taknak tinggalkan mak aku dgn adik adik aku dekat rumah. Aku risau. Kakak angah abang aku belajar di pantai timur. Macamana mak dgn adik adik nanti. Lagi satu, duit. Mana mak aku nak carik duit. Mak aku ibu tunggal. Mak mmg kerja tapi itu pun untuk sara hidup sehari hari. Kakak angah abang belajar tu pun guna duit peninggalan arwah abah. Aku tahu makin lama makin berkurang duit tu. Bukan makin bertambah.

Tapi aku nekad nak bantu keluarga. Aku pergi ambil kursus komputer. Aku belajar basic komputer. Seminggu 4 kali aku ulang alik naik bas ke tempat belajar. Akhirnya dapat sijil aku apply kerja. Kebetulan daerah aku sedang menjalankan projek oil and gas yang sedang pesat membangun. Bukan senang nak dapat tau. Aku diterima sebagai QC clerk. Aku masuk kosong. Gaji basic aku rm1,800 tak termasuk ot. Tapi berkat tunjuk ajar rakan sekerja merangkap tunang aku sekarang yang monitor database untuk aku buat claim company. Aku dah jadi pekerja kesayangan boss! Alhamdulillah.
(Aku bukan kaki kipas boss okay)

Tapi mak aku langsung tak berbangga dgn aku. Mungkin sebab aku tak berpelajaran. Mak aku selalu perlekehkan aku depan kakak angah abang aku. Mereka kebanggaan mak. Masa aku periksa besar dan dapat A pun mak aku buat muka. Hahaha mungkin A tak banyak kot. Perkataan kau tu bodoh! Seperti dah lali dekat telinga ni.

And bila aku nak berkahwin, mak aku mintak hantaran tinggi dekat bakal suami aku. Mungkin sebab bagi mak gaji 10k tiada masalah bila mintak hantaran tinggi. Aku jadi malu dgn bakal suami. Mak seakan mendesak. Aku cuba katakan padanya yang aku dan tunang sedang berusaha.

Mak, aku rela berkorban masa depan demi melihat mak tak kesunyian dirumah. Aku rela bila duit gaji aku digunakan untuk keperluan keluarga. Aku rela diperlekehkan atas sebab yang tak masuk akal. Tapi tolong mak, hargai aku. Kau senyum dan ucap terima kasih pun dah cukup memadai.

N.

Nurnadia

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *