Kekasih Gelapku

Posted on

Dari FB: FS

Thanks FS sebab sudi siarkan (kalau tersiar le hehe) kisah aku ni. Cerita aku ni pasal pendamping aku yg smpai skarang pun ada lg dgn aku. Cuma aku x dikurniakan kebolehan utk nmpk benda2 mcm ni. So mcm mana aku blh tahu yg benda ni ada dgn aku ? Ha mai cek nak habaq kat hangpa.

Masa aku kecik2 dulu, aku lahir2 je dah sakit. Sakit kulit. Skin infection kat atas kepala dan selalu demam, muntah. Aku memang selalu lemah. Mak aku mmg selalu blk kampung sebab nak hantar aku berubat perubatan tradisional sampai la aku remaja. Sekali tu masa pergi rumah ustaz yg selalu ubatkan aku tu, ada seorang perempuan muda yg sakit berubat jugak. Kena buatan orang kalau x silap aku. Perempuan tu baring tgh rumah, kitorang pulak dkt ruang tamu, ada partition kayu yg pisahkan dua ruang rumah tu. Masa tu aku baru lepas SPM.

Aku kan teenager time tu, sakit2 pun lincah lg dgn sifat ingin tahu tu ada je manjang. So aku intai2 la perempuan yg sakit yg tgh baring kat tgh rumah ustaz tu. Time terpandang je muka dia terkejut beruk aku bila tgk muka dia kaler hijau gila. Hijau lebam dgn urat2 muka dia terkeluar. Tiba2 je “Ambik budak tu pergi hoi ! Bahaya !” Ustaz tu jerkah kuat gila mcm aku ada tersmack kepala dia atau aku terpijak tengkuk dia je. Kecut siot aku kerna jerkah mcmtu. Mak aku dgn muka cemas teruk nya sentap tgn aku dan tarik aku dr tgh rumah ustaz tu. tp time tu perempuan sakit yg tgh baring tu tiba2 bukak mata dan berpaling kat aku. Ktorang bertentang mata beb. Time bertentang mata tu belakang tengkuk aku rasa pedih gila mcm kena korek dgn garfu je.

Dipendekkan cerita, ustaz tu check2 aku n bg air tawar sume, aku ngan mak aku blk la ke rumah. Aku bgn je besok bg aku rasa lenguh je bahu aku, mcm bwk beg sekolah member aku dgn mmbr aku sekali aku pikul. Berat gila rasa belakang ni. Tp aku ni jenis yg x cerita byk kat sapa2 pun n jenis yg x kisah sgt pasal anything. So aku carry on je hidup smpai aku masuk U.

Ha dkt U tu la aku dpt tahu yg sbnrnya aku ada pendamping. Roomate aku, Apai ni jenis yg blh tgk benda2 mcm ni. First day sebilik dgn dia aku dah perasan dah yg dia ni menggelibas semacam je. So aku tnya la dia “kau pahal? Kacip ke?” Dengan nada bergurau smbl nak icebreaking. First day kan. Xkan nak langsi terus ye dok. Kenal2 lu. Dia pun jawab “tu…bapak kau kirim..ke?” tergugup2 smbl point kat belakang aku. “Hodoh betul” dia smbg lg. “Ah mamat ni. Sial betul.” Getus hati kecilku, walaupun aku dah rasa cuak dgn bulu roma semua meremang dah.

“Amende doh?” Aku tnya dia. Apai pun amik pensil smbl tulis2 n lukis dkt kertas, n pass kertas tu kat aku. Dkt kertas tu ada tulis “ni belaan, orang kampung aku panggil. Tgh bertenggek belakang hang” dupp dapp dupp dapp dah aku. Aku tgk apa yg dia lukis. Ada lukisan perempuan rambut panjang tp badan dia ada separuh pinggang je , gigi taring, mulut luas nak mampus dgn lidah terjelir. Benda tu xde kaki beb. Perghh aku cirit. So aku pun ckp kat apai yg dia penat ni, tu yg nmpk bukan2 tu. Aku mmg malas nak amik tahu betul ke tidak apa Apai bgthu aku tu. Apai pun dgn muka fedap tp pucat gila sebab takut terus keluar dr bilik tu.

Aku tido sorang je mlm tu. Pg tu aku dpt tahu Apai terus mintak tukar dorm lepas keluar dr bilik semalam. Weh xkan teruk benor benda belakang aku ni. Watever, i carry on with my life. Semenjak hr tu aku perasan kalau ada baby yg dkt2 aku mesti dorang tgk aku lain mcm. Mcm terbeliak je mata. Lepastu kalau x nangis mesti lari. Aku buat conclusion muka aku is very the horror to them. Whatever. Aku carry on je smpai la one day, second year aku kat U aku jatuh cinta. Kapel punya kapel dgn minah sorang ni one day dia cerita kat aku “U tau x, everytime lepas I balik ngedate dgn u, I mesti mimpi this one woman. Dia xde kaki, n then rambut dia panjang n then…” n so on so forth. Mcm yg Apai pernah lukis dulu utk aku. Awek aku (ex) cerita yg dia mimpi benda tu nak ambik kaki dia. What the hell. Bapak ah. Seram la kak. N benda tu keep on going smpai la ktorang putus, n aku rasa ktorang putus sbb mungkin dia x tahan dah mimpi pelik2 mcmtu. Sbb aku x pernah curang, n aku x pernah lyn dia lebih kurang. Aku mmg tiptop as a boyfriend. Eceh lebih lak haha.

So I carry on with my life smpai la one day ada brader senior sorang ni dtg bilik aku. Dia ni islamik sikit. So aku mcm segan la sikit bila dia jengah bilik aku. Dgn berantai bertindik nya, smbl tgh hisap rokok n tgk video Shakira hips dont lie nye. Brader tu bg salam kat aku, n dia ajak pg surau. Btw, aku jujur dulu aku x mmg x solat lansung. Aku jenis liberal teruk dulu. Sekarang Alhamdulillah. So bila brader tu ajak aku pg surau time tu, mmg x lah bro. Aku ckp kat dia, “xpe gerak lu, nnt I follow blakang” dgn nada bergurau tp kerek. Haih tu la aku time muda2 dulu. Brader tu senyum je even aku lyn dia acuh x acuh mcmtu. And then dia ckp “Kalau u ikut abang ke surau, abang boleh buang benda yg awak dok pikul kehulu kehilir sokmo tu”. Zapppp aku cirit lg. weh serius la kau bang. Aku pun tnya dia, “benda apa bang hehe. Mane de pape pun ha.” Abang tu pun mintak izin masuk bilik aku. Dia masuk, n rupa2 nya ada lg dlm 5-6 orang ahli2 surau dkt belakang dia rupanya masuk sekali. Rupanya dr td dorang yg lain ni berdiri belakang dinding je smbl aku borak2 dgn abang surau tu. Takut lettew.

Dorang masuk, pegang aku n mintak aku baring. Abang surau tu baca surah apa aku x sure, tahu2 time dia tiup kat muka aku, aku rasa menggigil n panas muka mcm kena siram dgn air panas. Aku terus pengsan. From that point onward aku x igt apa2 dah. Aku sedar2 je ada kat atas katil kat hospital. Wire IV dgn urat liquid food berselirat pasang kat badan n hidung aku. Nah kau cam fiksyen teruk. Br FS kan. Aku tgk mak ayah dgn family aku dgn abang surau semua ada dlm bilik tu. So brader surau tu pun mulalah cerita semua.

Rupa2 nya benda yg belakang aku tu sebenarnya belaan orang. Dihantar dkt orang lain utk sakitkan orang tu. cuma masalahnya benda tu terlompat kat aku masa aku bertentang mata dgn perempuan sakit dkt rumah ustaz kampung mak aku dulu, tp x lompat betul2.

So benda tu sesat tp dia kena tumpang badan manusia kalau nak hidup. Dia patutnya sergah aku kejap je pastu dia lompat balik kat perempuan tu, tp sebab ustaz tu ubatkan aku terus lepas dia lompat, dia sembunyi dlm badan aku smpai habis ustaz ubatkan aku. Perempuan tu pulak dah lama balik bila aku selesai berubat. So dia tumpang aku smpai la dia jumpa jalan blk rumah tuan dia atau rumah perempuan tu.

Abang surau tu cerita lg ada budak2 U yg blh nmpk benda2 ghaib ni dtg ngadu kat dia pasal aku. Dorang smpai tahap kesian tgk aku bwk benda tu kehulu kehilir. Makan sekali, mandi sekali, tidur sekali. Benda tu peluk tengkuk aku katanya. Kalau aku tgh mkn, benda tu jengah kepala dia, nmpk la badan dia yg separuh tu. aku hisap rokok benda tu sedut asap rokok aku. Bila aku dgn awek aku (ex) benda tu tiup2 n marah2 kat awek aku. Kalau aku tgh tidur dlm kelas ke, benda tu belai2 muka n rambut aku. Ni budak2 yg boleh nmpk benda ghaib cerita dkt abang surau, n dia cerita dkt aku n family aku masa kitorang dkt hospital tu. Aku rupanya2 dah 8 hari x bgn tidur. X koma sebab aku still meracau2 mak aku cakap.

Lepas kejadian tu, patutnya aku pergi berubat. Sebab walaupun benda tu dah kena halau dgn abang surau, tp benda tu dah syngkan aku katanya. So dia mungkin cari aku balik. So abang surau pesan kat aku jgn tinggal solat semua.Tp time tu aku rasa xde pape dah, n aku rasa fresh je. So aku fly ke Singapore teman member aku bukak food truck bulan depannya.Masa tu aku br habis blaja. N yes, aku x solat pun mcm yg abang surau pesan. So korang tahu la apa yg most likely gonna happen kan.

So, kalau part I ni lepas ditayangkan di FS, aku cerita part 2. Part ni cerita mcm mana aku yg dr seorang mamat liberal bertindik berantai x solat ni jd ahli AJK keceriaan surau. Haha cirit kau wa cakap sama lu. Tiap kali teringat mesti terpercik peluh jantan I. Ok, chiao dulu for now.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *