Kehilangan Tiada Ganti

Posted on

Kehilangan Tiada Ganti

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia iiumc. Terima kasih admin jika confession aku disiarkan.

Aku nak bercerita sikit pasal arwah abang aku. Kisah masa dia hidup lagi didunia ni.
Abang seorang yang sangat baik, sangat menjaga kata, seorang yang penyayang dan hormat orang tua. Ramai yang suka berkawan dengan abang sebab sifat ramah nya dengan semua orang dan yang penting abang suka buat lawak, dan buat orang terhibur.

Pelbagai suka dan duka dilalui semasa dia hidup. Masa zaman sekolah, abang pernah dibuli, rakan sekelas letak gam dekat tempat duduk abang, abang tak perasan dan terus duduk. Habis seluar abang, semua rakan sekelas gelak kan dia.

Bukan takat tu je, banyak lagi. Tapi tu je yang aku tau,sebab mak tak cerita semua. Yang paling teruk. Abang pernah dibawa ke belakang sekolah, dan ditumbuk, atas sebab apa aku tak pasti. Di sekolah, ramai pelajar perempuan suka kan abang, mungkin tu salah satu sebab. Tapi abang tak pernah cerita pun dia dibuli masa sekolah. Bila dah bertahun berlalu, baru la dia cerita.

Ok ni satu kes yang jadi kat abang yg tak kan ak lupa kan. Masa abang berumur 17thun, nak amik spm time tu. Satu malam tu, ada ketukan yg kuat kat pintu rumah, macam nk roboh pintu dibuatnya. Aku bukak pintu, terkejut polis depan umah. Polis datang siap tunjuk gamba kelas abang, dan muka abang dibulatkan. Dan dia minta kepastian sama ada ni rumah yang dicari.

Lepas dah pastikan, polis minta kami panggil abang. Tapi abang takde kat rumah masa tu. Dan dia minta mak call abang suruh balik rumah. (Abang tengah lepak ngan kawan masa tu). Masa call abang, polis dah pesan jangan cakap ada polis. Dengan getaran suara mak minta abang balik rumah.

Abang sampai rumah dengan kawan dia. Diorang terkejut jugak bila nampak polis depan rumah. Tapi abang tenang. Polis terus gari tangan abang, dan minta abang masuk dalam kereta. Walaupun abang tak tau apa2, abang tetap tenang dan akur.

Mak dah nangis2 dan pesan macam2 kat abang, abang tak salahkan? Baca doa banyak2. Umi tau abang tak salah abang still bingung dengan apa yang jadi. Ayah tak mampu nak kata apa, cuma terpaksa melepaskan abang pergi.

Sebenarnya abang dituduh mencuri disebuah kedai komputer atau kedai apa aku dah tak ingat. Lepas disiasat, rupanya bukan salah abang. Bila ktorg tanya polis siapa yg buat tuduhan ni, polis sebut nama seseorang. Apa tujuan org tu nak aniaya abang,aku sendiri tak pasti. Mana dia dapat gmba kelas abang pun aku tak tau.

Abang cerita, sepanjang dalam perjalanan ke balai polis masa malam dia digari dan dimasukkan dalam kereta, polis tak putus2 paksa abang untuk mengaku, dan abg hmpir ditumbuk sebab taknak mengaku.

Seminggu abang ditahan di lokap. Dan seminggu tu jgak mak menangis. Mak dan ayah jenguk jugak abang kat balai, sangat2 sedih keadaan abang masa tu, tak berbaju, cuma seluar pendek tanpa selipar.

Sampai sekarang aku tak dapat nak maafkan si penuduh. Semoga kau tenang la ye. Abang tak pernah cerita pun keburukan orang, mungkin org dengki sebab abang ramai kawan.

.

Saat abang pergi buat selamanya..

Pada ptg ahad, dua orang kawan abang dtg ke rumah. Masa tu ada aku dan adik lelaki je. Diorang bagitahu abang accident. Dan pada pemikiran aku masa tu, abang cuma accident biasa2. Tapi aku tengok kawan2 abang ni bertolak2 nak bagitahu. Lepas dah amik masa beberapa minit, barulah salah sorang cakap dia dah TAKDE. Aku terus terduduk dan menangis teresak2. Adik aku yg dengar aku menangis, masih terpinga2 apa yg jadi.

Mak dan ayah balik ke rumah lepas dah dapat call daripada kawan abang. Tapi diorang masih tak percaya selagi tak tengok depan mata. Kami satu family pergi ke tempat kejadian. Smpai tempat kejadian, aku terus keluar kete cari abang, aku tolak je orang rmai yg halang laluan aku. Aku terkaku, sekujur tubuh yg dah dibungkus plastik hitam. Ya Allah! Betul ke itu abang. Mak yg baru sampai terus rasa nk pitam.

Aku dan dua orang adik lelaki dibawa sekali bersama mayat abang didalam trak polis. Adik aku tanya aku akak percaya ke itu abang? Percaya atau tak, ni la kenyataan.

Abang dibawa ke hospital untuk dimandi dan dikafankan. Masa ni la kami dapat tengok jasad abang buat kali terakhir. Aku sentuh badan abang. Sejuk. Fizikal abang tak nampak teruk pun. Tp dalaman abang, hancur kata doktor. Tulang rusuk tertusuk jantung. Kami redha abang pergi.

Lepas selesai kafan, jenazah abang dibawa kerumah. Esok pagi baru dikebumikan. Ramai sangat kawan2 abang yg datang pagi tu. Pergi nya seorang insan buat selama lamanya.

Perkara biasa, selalunya kita akan sedar petanda lepas seseorang meninggal dunia. Antaranya, ptg sebelum dapat tau abang meninggal, ada jiran ternampak burung gagak yg sangat banyak berterbangan kat atas bumbung rumah ktorg. Masa tu jugak. Seorang jiran nampak abang balik rumah. Ternyata masa tu sebenarnya abang baru je meninggal.

Selain tu, pagi hari yg sama. Aku nampak abang baru bngun tidur, aku tegur cantik pulak rambut abang dia cuma diam pandang aku. Selalunya dia akan bergurau gelak2 ke. Tapi aku positif,mungkin dia penat.

Dengan mak pulak. Dia makan banyak, mak tenung je muka dia masa dia tengah makan. Tp tak tau kenapa mak rasa sesuatu. Masa hari tu jugak dia pakai t shirt yg mak beli. T shirt tu dah lama mak beli, tap dia sayang nak pkai. Dan tu la hari terakhir dia pkai bju tu.

Adik perempuan aku pulak, dia ada bermimpi patah gigi bawah. Dan kalau ikut maksud, orang tua darinya akan meninggal. Wallahualam.

Dengan kwan, ni cerita dari kawan dia. Satu malam tu, sebelum dia nak balik rumah,tiba2 dia peluk kawan dia dan pesan kalau aku takde nati. Tolong tengok2 kan keluarga aku. Allahu.

Sekian saja cerita saya. Confession ni cuma ingin meluahkan rasa rindu yg teramat sangat. Bila dah tiada, baru la kita nak menghargai setiap detik masa dia hidup. So, hargai la orang yg ada disekeliling kita selagi ia ada. Kita tak tau selama mana mereka disisi. Mngkin harini dia didepan mata, mngkin esok, dia dah tiada. Hanya Allah yg mengetahui.

Manusia Biasa

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *