Kanak-kanak patah tangan tersepit pada rim motosikal ibu

Posted on

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit di rim motosikal ibunya.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya itu cuba mengambil baju sejuk sebelum terjatuh dan tangannya tersepit.

Orang awam yang menyaksikan kejadian segera membantu mengeluarkan tangan mangsa dari rim motosikal.

Kejadian berlaku di Jalan Simpang Kuala di sini, pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazeri Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.58 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Setibanya di tempat kejadian didapati tangan seorang kanak-kanak lelaki tersepit pada motosikal telah berjaya dikeluarkan orang awam.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *