Kanak-Kanak Lelaki Berusia 2 Tahun Maut Akibat Pankreas Terkoyak Dan Patah Tulang Rusuk

Posted on
KAJANG, SELANGOR – Seorang ibu dan teman lelakinya ditahan polis susulan kematian kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan termasuk patah tulang rusuk kanan dan pankreas terkoyak di Kajang, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 6.55 pagi semalam itu, kanak-kanak terbabit dipercayai mengalami pernafasan yang tidak stabil sebelum disedari ibu mangsa ketika baru bangun dari tidur, lalu dikejarkan ke Hospital Kajang oleh ibunya.

Kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun itu bagaimana pun meninggal dunia setelah beberapa minit mendapat rawatan daripada doktor di hospital berkenaan.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan melalui pemeriksaan awal mendapati banyak kesan merah dan bengkak di kepala dan badan mangsa.

Melalui hasil bedah siasat mengesan tulang rusuk sebelah kanannya patah serta pankreas terkoyak dan terdapat juga banyak kesan lebam baru pada tubuh badan mangsa, katanya.

Susulan itu, ibu mangsa, 29, yang bekerja sebagai pembantu taska dan teman lelakinya, 39, ditahan. Teman lelaki ibu mangsa juga mempunyai rekod lampau berkait kes dadah,” katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Mei. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *