‘Kami tak akan bertunang’

Posted on

Kanvas kehidupan seorang manusia pasti tidak lengkap tanpa secalit kisah silam yang manis mahupun pahit.

Bahkan apa yang dianggap ‘pahit’ itu selalunya ada hubung kait dengan perasaan seperti cinta putus di tengah jalan dan itulah yang pernah dilalui pelakon Lia Natalia, 25, sebelum bertemu dengan jejaka pilihan hatinya, Azizi Rahman Mamun, 25.

Berkongsi kisah pertemuan mereka, kata Lia, mereka bersua secara kebetulan di restoran makanan segera pada Ramadan tahun lalu hingga menjadi titik tolak permulaan hubungan mereka.

Kata Lia, mereka juga pernah menjadi rakan satu sekolah ketika remaja dulu dan tidak menduga jodohnya dengan sahabat lama.

“Perancangan Allah tersangatlah baik. Saya tidak sangka dipertemukan dengan Azizi yang sungguh memahami.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *