Kaki, tangan diikat

Posted on

MAYAT lelaki ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat di Flat Padang Tembak, Air Itam, Georgetown, hari ini.

Mayat mangsa, M Sathiwill, 20, ditemui tertiarap pada lantai bilik sewa pada 9.30 pagi dengan kaki dan tangan diikat tali nylon di belakang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, mayat mangsa ditemui wanita berusia 20-an yang juga rakan serumahnya ketika balik ke rumah.

Beliau berkata, wanita itu terus memaklumkan kepada polis selepas mendapati bungkusan kain cadar yang disyaki mengandungi mayat apabila membuka pintu rumah.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan benda tumpul dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *