Kaki saja 60kg

Posted on

Machang: Berat badan normalnya adalah sekitar 80 hingga 100 kilogram (kg), namun kini berat kakinya saja sudah mencecah 60 kilogram.

Semuanya disebabkan penyakit menyerupai kaki gajah atau nama saintifik Elephantiasis dihidapi yang turut mengubah corak kehidupannya daripada seorang pemuda cergas kepada lelaki yang sukar bergerak.

Kaki kiri Muhammmad Izani Mat Jaih, 23, membesar daripada paras buku lali sehingga lutut dan ada ketikanya dia terpaksa menanggung kesakitan apabila bengkak itu mengeluarkan air bisa.

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak itu berkata, keadaan itu sudah ditanggungnya sejak empat tahun lalu dan sehingga kini masih belum ada ubat mujarab bagi mengurangkan kesakitan.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar penyakit ini, namun saya akui ia bermula 10 tahun lalu apabila saya kerap mengalami gatal kaki dan demam selama seminggu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *