Jumpa Kepala, Kaki Wartawan Mati Dibunuh

Posted on

PENYELAM dikejutkan dengan penemuan kepala, kaki dan pakaian dipercayai milik seorang wartawan, Kim Wall yang dibunuh selepas membuat liputan berita dengan seorang pencipta kapal selam, lapor polis Denmark.

Penyiasat polis Copenhagen, Jens Moeller Jensen berkata anggota badan itu ditemui dalam sebuah beg plastik pada Jumaat lalu.

Lebih mengejutkan, beberapa bahan logam turut dimasukkan ke dalam beg plastik yang dipercayai digunakan untuk menenggelamkan anggota badan tersebut.

Pencipta kapal selam, Peter Madsen yang berada dalam tahanan sebelum perbicaraan berkata, Wall meninggal dunia selepas dipukul dengan hac berat secara tidak sengaja di dalam kapal selam itu.

Namun polis berkata sebanyak 15 kesan tikaman ditemui pada mayat Wall yang ditemui di pesisir pantai Copenhagen pada 21 Ogos lalu dengan beberapa anggota badannya hilang.

Punca sebenar kematian Wall masih dalam siasatan polis. – mStar Online

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *