Jujur Pada Ilmu

Posted on
Jujur Pada Ilmu

Jujur Pada Ilmu

Assalamualaikum.

Aku merupakan pelajar di salah sebuah IPTA dekat Malaysia ni. Kat sini aku just nak luahkan sedikit mengenai sedikit kekecewaan aku terhadap segelintir mahasiswa sekarang. Isu MENIRU dalam exam sebenarnya memang dah wujud lama tapi agak kesal la bilamana budaya meniru ini ibarat benda biasa dalam kamus hidup segelintir mahasiswa. Meniru tu actually kesalahan besar tapi ramai yang tak sedar dan ambil mudah. Macam-macam taktik meniru yang digunakan yang kadang aku pun pelik macam mana diorang boleh buat tanpa kantoi dengan pengawas/pensyarah yang jaga exam tu. hahaha dan paling aku curious, korang tak rasa bersalah, berdosa ke?

Keberkatan. Aku suka kaitkan isu meniru ni dengan keberkatan. Kau fikir sendiri la berkat ke keputusan peperiksaan kau nanti kalau kau buat dengan cara yang salah. Besar impak keberkatan ni even kau tak nampak. Peniru ni juga aku anggap sebagai pengkhianat. Sebab kau telah mengkhianati amanah yang pensyarah, ibubapa dan orang sekeliling kau bagi. Kau datang universiti untuk apa? Belajar kan? habis untuk apa kau meniru. MENIRU bermakna kau tak belajar. Tak belajar bermakna kau tak amanah dengan tanggungjawab kau sebagai mahasiswa.

Prinsip aku mudah, Allah akan bagi mengikut usaha yang kau buat. Kau sudy kau boleh jawab. Kau tak study kau tepu nak jawab exam. Tu je. So kalau rasa tak study tak perlu pun kau nak meniru. Yes, mmg kena usaha. Tapi usaha dengan meniru bukanlah suatu usaha yang halal. Conclusionnya, kau kena study. Tu je jawapannya. hahaha redha je lah kalau masuk dewan exam tanpa study. Padan muka. Tapi aku salute golongan ni daripada golongan meniru. At least korang jujur. hehe

Kau tak pa budak bijak, otak geliga, tak meniru pun markah full . Yang ni selalu aku dengar sindirin dari kawan-kawan lagi lagi kalau kau budak jenis sudy jenis perform dalam study. Abang kakak sekalian, bijak geliga tu semua datang dengan izin Allah bilamana kau usaha untuk study. Kau ingat budak yang kau kata bijak otak geliga tu akan bijak ke kalau dia tak study? hahaha.
Tahu ke yang dia korbankan waktu tidur untuk belajar? tahu ke disaat orang lain lena dia bangun mengadap buku? tahu ke betapa struggle dia bahagi masa untuk kuliah untuk program lagi.

Hah lagi satu aku perasan ramai jugakla golongan meniru ni datang dari golongan pimpinan pelajar. Satu je nak tanya dekat korang, tak malu ke? Tak malu ke dengan jawatan yang kau pegang. Kemain lantang bersuara , berprogram tapi bila sampai time exam, kau buat perangai. Alasannya kau sibuk sampai tak sempat nak study then meniru adalah penyelesaiannya. Malulah. Tolongla jujur kau tu bakal pemimpin tapi kalau integriti sekecil di dalam peperiksaan pun kau takmampu nak jaga maka aku takhairanlah akan muncul nya nanti pemimpin perasuah.

Ayuh bersama kita fikirkan dan renungkan. Jaminan rezeki yang halal dan berkat bermula dari cara dan usaha awal menuntut ilmu yang benar dan berkat.
Dan ketahuilah kecemerlangan yang benar itu terlebih manis berbanding kecemerlangan yang salah.

Kakak

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *