Juara pecut dunia Usian Bolt telah membalas tindakan penonton terhadap Justin Gaitlin

Posted on

Pelari pecut 100m yang menjadi lagenda di seluruh dunia dan memegang pelari pecut 100m terpantas di dunia Usian Bolt telah mengeluarkan satu kenyataan. Kenyataan beliau adalah untuk semua penyokong sukan tersebut yang telah melaungkan bunyi “boooo!” kepada juara IAAF Kejohanan Atlit Dunia 2017 baru-baru ini.

Justin Gatlin telah memenangi kejohanan tersebut dimana ia adalah pentas terakhir bagi Usian Bolt. Justin Gaitlin adalah seorang atlit pelari pecut yang penuh dengan kontroversi dadah dan skandal doping.

Pabila sang juara itu berdiri di tempat pertama sewaktu kejohanan itu, para penonton telah mencerca beliau dan mengatakan tempat juara itu adalah untuk Usian Bolt dan bukan untuk dirinya, maka stadium London itu dipenuhi dengan bunyi “booo!” dari para penonton yang tidak bersetuju dengan kemenangan Justin Gaitlin.

Justin Gaitlin telah mengakui bersalah sebanyak 2 kali menggunakan dooping di dalam arena larian pecut dan ramai yang melabelkan beliau sebagai penipu. Sejak dari beliau berjalan masuk untuk acara akhir itu, bunyi “booo!” dari penonton tidak berhenti sehingga beliau menjuarai acara tersebut.

Apabila, tamat larian pecut itu, juri telah melihat klip rakaman terakhir untuk melihat siapakah juara, dan sebulat suara mereka mengatakan Justin Gaitlin adalah pemenang. Gaitlin melutut sebelah kaki di hadapan Usian Bolt sebagai tanda hormat dan merendah diri kepada lagenda pelari pecut Usian Bolt.

Tetapi apa yang dibalas oleh Usian Bolt amat memeranjatkan dirinya, Bolt berkata ” Awak tidak layak dicerca oleh penonton. Tahniah, awak lah juara dan awak layak menerimanya.”

Usian Bolt tidak berhenti disitu sahaja, malah pabila berhadapan dengan sidang media selepas acara akhir larian 100m, Bolt berkata kepada pihak media:

“Pertamanya, saya tahu semua orang tidak bersetuju dengan keputusan pertandingan. Tetapi kami semua telah bekerja keras. Seperti yang saya katakan, Justin telah melalui hukuman beliau, dan beliau telah membuktikan berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun ini.”

“Saya juga telah membuktikan perkara yang sama, dan kadang kala apa yang kita rancang tidak menjadi seperti diharapkan. Tetapi pandangan negatif orang lain yang menjatuhkan kami. Saya telah membuktikan, saya adalah antara atlit yang terbaik dunia. Dan kekalahan ini tidak memberikan apa-apa kekurangan kepada saya.”

“Saya telah menjalankan tugas saya sebagai seorang atlit, dan membawa sukan ini ke taraf yang lebih tinggi. Dan saya tidak merasa kecewa kerana saya telah melakukan yang terbaik.”

Kesimpulannya, kita bakal menghadapi acara Sukan SEA yang bakal tiba di Malaysia. Kita semua sebagai penonton, tidak perlu menjatuhkan atlit-atlit dari negara lain jika berlaku apa-apa kontroversi semasa acara berlangsung.

Kita sebagai tuan rumah, perlu menjaga nama baik negara dan nama atlit-atlit negara. Melayan tetamu yang hadir sepertiVVIP dan juga tidak perlu menghangatkan kontroversi yang sedia ada dan bakal mendatang. Malaysia Boleh!!!

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *