Jodoh Untuk Abang

Posted on

Jodoh Untuk Abang

Assalamualaikum, Terima Kasih IIUM sebab siarkan confess saya. First sekali nama aku Zafira.

Aku ada 6 orang adik beradik, 3 lelaki 3 perempuan. Along Angah Alang lelaki, and aku anak bongsu. Manja dan nakal hehe. Okeyy aku nak cerita pasal angah aku.

First, ini cerita pasal jodoh. Sejauh mana kita merancang, jika allah tak izinkan, tak kemana juga akhirnya. Along aku dah kawin, aku okeyy je dengan kakak ipar, sempoii sekepala. Hahahahah

Angah aku ni umur dia dah 27, dia kerja Hospital sebagai apa tu aku rahsiakan. Kalau cakap rupa dia tu, boleh dikatakan good looking lah, sebab kulit dia putih suka senyum, and suka ketawa. Even benda kecik je pun dia punya ketawa, terbahak-bahak terkahak-kahak.

So bila umur dah 27, ayah aku ni dah risau pasal dia, along aku kawin umur 25. So masa dinner ayah aku tanya, takde calon ke ? Angah cakap belum ada lagi and ayah cakap kawan ayah nak jodohkan anak dia dengan angah, tapi anak dia umur 31 angah macam terhenti suapan and dia balas haa ? Huii sunnah tu kawin yang lagi tua. Hehe pastu semua gelak, and dia sambung lagi Ada je yang minat dekat angah, tapi angah malas nak layan. Sebab nak cari aset dulu, baru lah senang nanti hehe

And dia sambung lagi Kat wad pun ada doctor nak Angah, baik dia, adik beradik dia semua belajar kat Luar negara. Tapi umur dia 30. Mama membantah, mama cakap jangan lah, payah nanti. Nanti kat rumah mertua, angah terpencil je, ye lahh. Diorang pandai-pandai semuanya.

Angah senyum je, tapi sebelum dia cerita pasal doc tu, dia selalu sakat dengan aku. Nanti majlis angah dengan dr nia nak grand. Aku terfikir dalam hati betul ke angah ni dengan dr tu?.

Okeyy lepas kisah doc tu, angah pun dah tak banyak sakat aku pasal doctor tu. Mungkin sebab mama aku tak suka kot (jangan kecam mama, mama aku ada alasan tersendiri.)

Satu hari tu aku add perempuan ni kat facebook, Nama dia Dya. Dya ni umur dia 25 memang cantik gila lah, dia punya perangai pun lebih kurang dengan angah. So nak dijadikan cerita, rupanya dia ni kawan sedara jauh aku.

So aku pun rekemen kat angah, angah taknak Dya ke ? Lawa ngahh. Dia pun cakap taknak lah. Aku pun diam kan je, aku cakap dalam hati, takpe angah tunggu.

Aku tunjuk gambar Dya kat ayah dengan mama, tapi ayah aku cakap ahh taknaklah, takdelah cantik sangat and mama pun cakap macam tu. Takpe, tunggu.

Hari birthday kakak aku dah nak dekat, so aku jemput dia untuk memeriahkan lagi, dengan perangai ramah dia tu. Makan dengan family aku, dia pun okeyy, pandai bawak diri. Pandai masuk dengan family aku, tapi masa ni angah tersipu malu. Blushing dia hahahahah.

So, lepas celebrate birthday tu. Semua orang dalam kereta macam dah kena jampi (sumpah aku tak buat apa-apa) semua dok cakap Lawa ye Dya tu, pandai dia bawak diri. Ramah dan mesra, payah nak dapat macam tu, takde malu-malu. Aku dalam hati duk cakap haa tau pun. Sejak dari tu Angah Ayah Mama asik sebut nama Dya je. Ayah aku siap cakap kalau angah dengan Dya, ayah sponsor semua masa majlis kahwin nanti. Wowww, untung angah.

So 2-3 bulan lepas tu, ayah aku cakap cuba tanya Dya tu, dah ada orang ke ? Kalau takde, hujung tahun ni kita masuk meminang Aku pun like whatt ? Secepat ini ? Ayah cakap yelahh, angah pun dah tua, nanti tak laku hahah aku pun gelak je lah.

Bila dah jumpa masa yang sesuai, aku pun tanya Dya ermm Dya, nak cakap sikit ni, dah ada ke ? Kalau takde, ayah nak masuk meminang hujung tahun ni lepastu tunang terus. Dia sengih dia cakap Erm, tak boleh kot ra, Dya dah anggap macam family sendiri. Start ni aku rasa macam nak nangis, sebab family aku menantikan jawapan aku. Aku tanya kenapa Dya ? Dia sambung family Fira telampau baik, and dya dah anggap macam family. So aku terus stop, aku cakap yeke ? Takpe lah. Tapi family ra still terima Dya as daughter okey ? Dia balas dengan senyuman kelat.

Aku balik, ayah dengan mama aku tanya macam mana ? Dia setuju ke ? And aku macam ada yang sekat dada aku untuk cakap, dengan beratnya aku cakap dia, dia dia tolak ma, dia cakap dia dah anggap macam Family dia.

And then ayah dengan mama macam, sedih. And ayah cakap okeyy sekarang ni jangan cerita apa-apa lagi pasal Dya, dah stop sebut nama dia. So aku pun macam terkejut and rasa serba salah, kenapa ayah marah ? Aku pun tak expect kan.

So sejak dari pada tu masing-masing dah jarang sebut nama dia, tapi jauh dalam lubuk hati aku masih mengharap yang dia akan jadi kakak ipar aku. Tapi masing-masing dah boleh move on, tapi still ada tanya khabar dia lah. (Banyaknya Tapi hahahah)

Now jarang jumpa dia, sekali sekala je, tak macam dulu. And dia pun nak kawin tahun depan dalam bulan 6. Dapat tahu je, terus rasa nak menangis, tapi apakan daya. Tuhan yang tentukan segalanya, dan hanya Dialah yang mengetahui sebaliknya.

So moral aku kat sini, kau boleh nak jodohkan atau perkenalkan orang untuk abang or sesiapa je tapi biarlah berpada-pada and bila dah tahu dia dah ada someone, jangan teruskan lagi perancangan tu. Terus je hentikan and bagitahu.

ALLAH sebaik-baik perancang, dan Dialah yang menentukan Jodoh yang terbaik buat kita. Kalau Allah tak izin kan, kita rapat macam mana pun still takde jodoh. But, kalau Allah izinkan, jauh beribu batu, berlainan agama atau negara pun boleh bersatu.

Masih Mengharap
Zafira

Zafira

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *