Jiran Bela Kucing

Posted on

Jiran Bela Kucing

Salam, terima kasih admin kalau siarkan pengakuan saya ni.

Saya cuma nak luahkan. Saya penggemar kucing. Memang sayang kucing. Tapi tak bela kucing kerana rumah saya ada warga tua yang alah kepada kucing. Jiran saya bela kucing. Saya rasa dalam 6 ekor. Rumah saya rumah kampung tanah lot, tapi setiap rumah berpagar.

Semenjak jiran saya bela kucing, saya rasa sedikit ralat. Kepada pembela2 kucing sekalian. Harapnya boleh baca pengakuan saya ni untuk mendapat idea macam mana nak bela kucing tanpa sakiti hati jiran.

1. Sediakan pasir utk kucing berak. Atau toilet train dia. Kalau dia dah biasa berak dlm pasir tu, dia xkan berak rumah org. Tak adil bagi kami. Anda bela kucing, rumah anda bertaik kucing. Kami tak bela kucing, kenapa rumah kami bertaik kucing? Kami balik kerja, letih2 nak rehat, kene cuci taik kucing. Raya2 org nak dtg rumah kami, kami kene spot check, ikut bau tu kemana, dan cuci sumber bau tu. Anak2 cucu2 nak main basikal raya2 ni, terlanggar taik kucing bawak satu kawasan rumah kami. Anak2 cucu2 kami nak main lari2, kene jengket2 naik elakkan taik kucing. Kalau org tetiba dtg rumah, disapa dengan haruman taik kucing dulu sebelum salam dijawab tuan rumah. Itu belum spoil mood kalau nak keluar malam2 atau awal2 pagi, tetiba terpijak, hilang mood 1 hari ooo

2. Kalau nak balik kampung, hantarlah kucing ke hotel kucing. Bukan biarkan dia berkeliaran dan berak merata2. Kami elok2 tanam pokok bunga dan ulam2, jadi tempat berak kucing. Kami tanam sebab nak jimat kos dengan ekonomi sekarang. Memanglah itu jadi baja organik, tapi tengok taik tu melingkar2 berbagai2 warna, terus tak lalu nak makan ulam2 tu. Pokok pon mati. Sedih tau.

3. Kami bukannya marahkan kucing tu, dia takde akal. Dia berak mana2 yg dia suka je. Tapi anda tuan dia. Anda ada akal. Bagilah fasiliti untuk dia melepaskan hajat dia. Dan fasiliti tu bukan di rumah jiran2 ye. Kami tak kisah basuh sekali dua. Tapi ni hari2. Masa kami terhad di rumah, siang bekerja. Jadi kami tanak masa bersama keluarga dan masa beribadat dihabiskan dengan mencuci taik kucing anda. Kami cuba ikhlaskan diri. Tapi lama2 rasa bengang jugak.

Jadi kepada jiran2 yang bela kucing, ingatlah. Kucing tiada akal. Tapi anda ada akal. Jangan jadikan kasih sayang anda kepada kucing penyebab anda menganiaya hamba Allah yang lain.

Iklas,
Sayang Kucing

Sayang Kucing

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *