Jika Anda Seorang Tetamu

Posted on

Jika Anda Seorang Tetamu

Terima kasih sebab publish confession ni. Aku berumur 20-an. Just nk kongsi pendapat dan pandangan adab kita sebagai tetamu. Tak kisah la semasa menghadiri open house ke kenduri ke ape ke tapi adab kita sebagai tetamu tu mesti ada.

First, nak pesan kalau ye pun tuan rumah tu adik beradik ke saudara mara sendiri, makan tu jangan lah melahap sampai makanan tu habis kat kita sorang je. Kalau nak sendukkan lauk utk pinggan kita tu jangan la penuhkan untuk kita aje. Simpan sikit utk orang belakang. Ambil sikit-sikit lah dulu. Kalau rasa tak cukup then boleh ambil lagi. Ini tidak, tunggu nak menggunung dalam pinggan dia baru nak stop ambil.

Then kalau kata taksedap? Kau pun buang. Masyaallah. Banyak gila yg kau bazirkan. Makan banyak-banyak sampai tahap melahap gitu kau pikir tuan rumah tu bukan masak n sediakan untuk kau je? hm mana la tau kot tetamu tuan rumah tu masih ramai. Kalau semua kau telan, tetamu yang lain nak makan apa? Makan hati berulam jantung?

Second, kalau ye pun jangan meminta untuk tapau hidangan mknn yg disediakan. Lain la kalau kata taksempat nak makan kat situ then mintak nak tapau. Ini tidak, melantak dah penuh perut pastu mintak tapau. Rasa nak je hayun penutup belanga kat dapur tu. Tolong la tolong. Dah bawak habis keturunan dtg rumah orang pastu mintak tapau. Bukan kedekut tapi kena consider la jugak perasaan tuan rumah tu camane.

Lagi sejenis manusia tu bila diberi apa yg nak ditapau tu, eh demand pulak nak isikan sendiri. Aku faham sangat kalau jenis yg nak isi sendiri. Memang banyak la yang kau rembat. Dasar bagi betis nak peha ni susah juga. Pastu buat muka tak malu. Ey nak je aku bagi penampar. Kadang aku kesian dengan mak aku. Kalau tak bagi, fikir sebab saudara. Kalau bagi, risau tak cukup untuk tetamu lain. Jenuh nak hadap makhluk mcmtu.

Lagi satu, dah tahu pegi rumah orang, tolong la perhatikan anak2 tu. Kalau tahu anak tu buas dan hyperactive, kena la pandai2 control. Ini tidak, sampai master bedroom pun masuk eh melampau la pulak. Kalau larang, menangis. Itu baru tegur, bukan nye kena balun dengan penyangkut baju ke hos getah ke ape. Haih budak zaman sekarang. Aku dulu kalau duk jauh je drpd mak aku, lebam ha peha aku kena cubit. Berbirap jugak la kena sepit ketam dia. Sambil senyum sinis dia tu, sempat dia hulur tangan dia nak cubit aku. Itu baru kat tempat kejadian. Bila dah sampai rumah lagi parah kena. Sampai tahap dah takbawak aku pegi mana2. Tinggal je kat rumah nenek sorg2 huhu.

Pastu kan, bila dah anak lepas sepahkan tmpat makan tu, tolong la kutip balik nasi yang tumpah tu. Takde la sampai nak kena mop bagai tapi paling kurang bila kau balik tu next guest ada la tempat duduk utk makan. Ini tidak, dah siap makan elok je dia angkat bontot pegi balik pastu pinggan mangkuk gelas yg dia guna tu nak kena hamba mana tolong ambik buang? Cannot brain aku dengan manusia yg takde humour sense ni.

Aku bukan la nak aibkan sesape tapi mmg ada manusia yg tak reti malu macamtu. Bila dia buat makan kat rumah dia, angkat jamu sediakan utk tetamu cipuuuut cipuuuut je. Pastu kalau nenek aku nak bekalkan sikit utk atok aku, kata makanan dah habis blablabla heh kalau kat rumah aku tak malu pulak meminta nak itu ini hm. Pastu bila dia buat makan2, dia suruh tetamu makan kat luar rumah dia. Risau nanti kot perabot dia kotor. Tapi bila kat rumah aku, macam orang buta dia buat tak nampak je anak dia duk main lompat2 atas sofa rumah aku. Apeee? Ingat ayah aku supplier perabot jati ke ape?

Sebab tu aku jadi cepat naik angin kalau ngan budak2. Makin dilarang, makin menjadi-jadi. Sbb adik2 aku dulu and aku sendiri pun tak buat perangai kat rumah orang. Pantang mak ayah aku tgok anak meliar kat rumah orang. Bila orang buat mcmtu kat rumahh aku ya Allah rasa berbulu biji mata aku sakit hati tengok mak ayah yang jenis lepas tangan pasal anak2 dorg. Panas membara pulak tangan aku nak lempang budak2 tu. Yang mak ayah budak tu pulak senyum-senyum gelak tengok anak dia buat macamtu. Anak sedang membesar katanya. Ye memang la. Tapi jangan la sampai melompat-lompat atas meja atas kerusi. Ingat trampolin ke ape ha? Itu baru rumah aku yang takde hiasan pasu bunga atas meja, takde hiasan kristal ke ape. Kalau pegi rumah yang penuh dengan hiasan yang guna karpet gebu-gebas tu mahunye tak senang duduk tuan rumah tu. Aku rasa cukup sekali tu je tuan rumah tu ajak dia datang rumah. Huhu.

Itu je la yang aku nak pesan kalau pergi ke rumah orang. Jaga adab kita sebagai seorang tetamu. Sekalipun rumah yg kita pegi tu rumah adik-beradik kita. Harta kat rumah dia bukan lagi harta kita. Masa kecik-kecik dulu memang ye kalau nak kata harta dia harta kita sebab mungkin mak ayah ajar untuk berkongsi tapi bila masing2 dah berumah tangga kena paham situasi orang. Jangan buat muka tak malu nak mintak itu ini. Tolong la tanamkan perasaan malu tu. Buruk sangat bila orang pandang. Nanti mak ayah kita jugak yg kena sbb orang akan nilai cemana la mak ayah dia ajar smpai jadi taktahu malu ni anak sape la yang takreti malu sangat ni. See, mak ayah jugak yg naik nama sekalipun dorg dah lama meninggal. Betul aku cakap. Ini apa yg aku perhatikan sbb aku hidup membesar dengan org2 tua. Memang hidup ada tomaninah la sikit bila pergi ke rumah orang (bukan nak up kan diri sendiri but then bila kau berkawan dengan org tua memang penuh pantang). Last pesanan aku, tolong ada perasaan malu!

Anak tuan rumah

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *