Jijik, Wanita Ini Beri Makan Anaknya Semangkuk Cacing Hidup-Hidup

Posted on
Ibu beri makan anaknya semangkuk cacing (foto: Facebook)

Memberi makanan yang berkhasiat kepada anak adalah kewajipan setiap ibu. Namun berbeza pula dengan apa yang dibuat oleh wanita ini yang sanggup menyediakan semangkuk cacing sebagai makanan untuk anaknya.

Seorang pengguna facebook bernama Nathan James berkongsi dua video menjijikkan yang mungkin boleh membuat anda rasa mual. Ini kerana dalam rakaman itu memaparkan seorang ibu sedang memberi makan anaknya semangkuk cacing. Apa yang pelik anaknya itu tidak teragak-agak untuk makan cacing tersebut, mungkin kerana dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Dalam rakaman pertama, terdengar jelas

wanita itu bertanya kepada anaknya sama ada dia ingin makan cacing lagi, dan gadis kecil itu kelihatan mengangguk. Dia kelihatan seperti biasa sahaja memakan semangkuk cacing yang disuapi ibunya.

Dalam video kedua, kanak-kanak itu kelihatan jelas memakan cacing yang masih bergerak tanpa ada rasa jijik sama sekali.


Ramai pengguna facebook meluahkan rasa kesal dan rasa jijik setelah melihat video ini, mereka mengecam tindakan wanita itu kerana dianggap tidak memberikan makanan yang sepatutnya kepada anaknya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *