Jeritan gadis ini jadi penyelamat dari dicabul lelaki miang dalam bas dkspres dekat Hentian Kajang

Posted on
Video: Jeritan gadis ini jadi penyelamat dari dicabul lelaki miang dalam bas dkspres dekat Hentian Kajang

Video: Jeritan gadis ini jadi penyelamat dari dicabul lelaki miang dalam bas dkspres dekat Hentian Kajang

Kepada kaum wanita, jika ada bahaya seperti lelaki miang cuba mencabul gunakan kuasa jeritan anda sebagai senjata supaya orang awam peka dengan apa yang terjadi.

Ini kerana pada zaman sekarang ini, di tempat awam pun masih terdapat lelaki yang mahu melepaskan hawa nafsu tidak kira siang atau malam. Ini yang berlaku kepada seorang gadis ketika berada di dalam bas ekspres di Kajang.

Gadis tersebut kemudian menjerit meminta tolong selepas seorang lelaki hampir mencabul diri gadis tersebut di dalam bas ekspres. Ketika kejadian, mangsa dan lelaki tersebut berada di tingkat atas bas tersebut dan masing-masing duduk di tempat yang telah ditetapkan.

Pemandu bas berkenaan terdengar bunyi jeritan seorang gadis yang menjerit kira-kira jam 8.30 pagi sejurus selepas bas tersebut meninggalkan hentian bas Kajang.

Pemandu tersebut kemudain meluru naik ke tingkat atas bas tersebut dan melihat lelaki berkenaan cuba mencabul mangsa. Pemandu bas tersebut berjaya menahan lelaki berkenaan dan gadis tersebut terselamat daripada dicabul.

Sebuah video yang berjaya dirakam kemudian menjadi viral di media sosial. Lelaki tersebut dilihat bergelut sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kaki share

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *