Jawapan Fizik Bawah Kuku

Posted on

LONDON – Bagi pelajar di United Kingdom (UK), musim panas terlalu sinonim dengan peperiksaan dan tekanan akibatnya.

Bagaimanapun, seorang pelajar licik mendapat penyelesaian unik untuk membantunya menangani peperiksaan subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya.

Dalam gambar dimuat naik ke Reddit, gadis menggunakan nama Blood_Repaer itu yang dipercayai dari UK menunjukkan bagaimana dia menuliskan formula fizik di atas kertas kecil yang kemudian dilekatkan pada bahagian bawah kukunya yang panjang.

‘Kejayaannya’ itu mendapat pelbagai reaksi pengguna Internet dengan ada yang memuji kelicikannya namun ramai juga yang menyelarnya kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.

Malah beberapa orang yang memahami teori fizik turut mengkritiknya kerana tidak dapat menjawab beberapa soalan mudah.

Tidak jelas sama ada gadis berkenaan pelajar sekolah atau penuntut universiti, tetapi kebanyakan yang mengulas tidak menerimanya secara positif, termasuk seorang pengguna yang mengganggapnya sebagai ‘menyedihkan.’ – Agensi/myMetro Online

[embedded content]

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *