Jasa wira kucing

Posted on

Kuala Lumpur: Pengorbanan anggota bomba dan penyelamat tidak hanya berkisar tugas menyelamatkan nyawa manusia malah lebih menarik apabila mereka kerap membantu kucing bermasalah.

Malah dalam beberapa kes sebelum ini, anggota bomba sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan nyawa seekor kucing dalam beberapa situasi cemas.

Berdasarkan laporan diterima, kes panggilan kecemasan membabitkan tugas menyelamatkan kucing semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya kian kerap menerima panggilan kecemasan meminta bantuan untuk menyelamatkan kucing peliharaan yang berdepan pelbagai situasi mengancam nyawa haiwan itu.

Menurutnya, pihak bomba tetap akan memberikan bantuan segera sebaik menerima panggilan walaupun ada yang menganggap tugas itu sebagai remeh.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *