Janna Nick hargai peminat

Posted on

Bersyukur atas kemenangan yang diraih dalam Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) baru-baru ini, pelakon Janna Nick mengganggap ia rezeki atas sokongan peminat.

Janna yang memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular berkata, kemenangan itu bukan alasan untuk dia mula ‘demand’, sebaliknya perlu lebih menghargai sokongan peminat selama ini.

“Ia adalah undian peminat dan saya hanya mewakili mereka naik ke pentas untuk mengambilnya.

“Ia bukan langkah untuk kita mula ‘demand’ harga tinggi, sebaliknya perlu berusaha memberikan lakonan yang lebih baik lagi untuk peminat,” katanya.

Janna berkata, secara peribadi dia tidak memerlukan anugerah untuk memberikan yang terbaik kepada peminat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *