Jangan Peduli Sindiran Orang

Posted on

Jangan Peduli Sindiran Orang

Perkenalkan diri saya, saya wanita berusia lingkungan 30 an. Sudah 12 tahun berkahwin & mempunyai 4 cahaya mata & yang kecil sekali baru 6 bulan. Saya anak tunggal. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat saya bersama pembaca yang lain & saya akur bahawa ciptaan Allah adalah unik, berbeza & pemahaman masing-masing pasti berbeza. Segala khilaf mohon maafkan. Saya cuba untuk bersikap general.

Dengan kehadiran hari raya yang tak sampai seminggu ni maka di FB sudah menjadi viral & trending yang rata-rata share atau komen isu tinggal di homestay. Terbaru saya ada membaca di IIUMC tajuk Menyusu Anak di Rumah Mertua. Sejujurnya ia sangat hangat diperdebatkan dan dikatakan. Malahan daripada pemerhatian saya, kaum wanita yang banyak terkesan akan isu ini. Namun begitu, baik lelaki & perempuan, kita jangan cepat melatah.

Saya rasa terpanggil untuk menulis kerana pendapat saya, banyak keburukan dari kebaikan pula apabila isu ini dibahaskan. Saya juga sebenarnya share akan isu ini. Tetapi malangnya artikel Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel bagi saya telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak bagi tujuan untuk membawa maksud di sebelah suami. Para wanita sekalian, hadam betul penulisan serta maklumat yang ada dalam artikel tersebut sebelum kita membuat ulasan atau komen.

Namun begitu, syukur Alhamdulillah bahawa isu aurat & tanggungjawab kita terhadap agama Islam sudah ada yang sedar & mengambil berat. Tapi sejauh manakah kita mendalami isu tersebut supaya Islam itu nampak indah & bukannya menjadi porak poranda? Saya akui saya setahun jagung & bukanlah ahli ilmuan agama. Cuma rasa terpanggil untuk berkongsi luahan serta pendapat saya.

Pertama, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang komen isu aurat berdasarkan kes breast feeding dan memakai tudung 24 jam. Ada yang mulai sedar tentang bentuk badan,bagus sebab kita dah memahami sedit konsep aurat itu. Tetapi dalam kita beria ia menangani isu itu, kita lupa bahawa bab aurat ini sangat besar topiknya. Lupakah kita jika perempuan memakai jubah yang kainnya mengikut tubuh badan itupun aurat? Adakah kita terfikir tudung yang singkat itupun aurat juga?Adakah kita teringat ketika wanita ketawa terbahak gara-gara cerita lawak pun aurat juga? Belum tambah isu tabaruj bermakeup serta memakai minyak wangi. Belum ditambah jika kat ruma di kampung ade set karokeso bagi saya,berpada-pada ketika kita nak berdakwah serta menyampaikan isu ini. Bukan apa, takut berbalik pada kita. Betul teguran berkait isu aurat ini, tapi kita pun kena pandang diri kita.Kita beria ia mengajak suami duduk di homestay sebab memikir nak jaga aurat, tak tahan bertudung 24 jam tetapi kita lupa baju kebaya kita dah nampak bentuk badan, tudung yang banyak batu tu tak lepas menutup dada. Dari homestay duduk berkumpul pn dah free free juga tak mematuhi syariat. Bukanlah maksud saya saya bangkang duduk di homestay atau usaha kita nak timbulkan kesedaran isu aurat ni, tetapi dalam kita nak bercakap atau memberi komen yang menyakitkan hati, kita terlepas pandang yang kita pun tidak sehebat mana. Tidak perlu mendabik diri atau nak komen kita yang teraniaya atau kita sahaja yang betul.

Kedua isu breastfeeding, saya mungkin kurang arif sebab baby saya susu botol. Tetapi saya rasa terpanggil nak cuba selami isu ini. Ramai yang cakap kena selak (maaf macam kasar bunyinya) nak breastfeeding, mata bukan muhrim melihat. So ramai la yang akan kasihan sebab betul dah point tu sebab tiada privasi. Tapi terfikirkah kita ada breastfeeding cover yang ada di pasaran? Tetapi saya ada juga terbaca kes anak tak suka pakai cover. Tidakkah kita wanita ni kreatif dan cerdik pandai wahai kawan-kawan sekalian? Janganlah selak time time bersembang, mintak izin menyusukan di bilik. Pinjam bilik siapa-siapa. Rasanye jika bercakap dengan baik, insyaAllah akan diberi bilik itu. Saya pelik sebab waktu kawan kawan yang breastfeed pergi travel, berjalan ke shopping complex, macammana ye anda berdepan situasi anak nak menyusu? Katakanlah jika rumah itu lansung tiada bilik, saya yakin ada masa ada satu ruang atau sudut yang orang tak berkumpul, contohnya mintalah suami tolong jagakan pintu dapur jika ketika itu dapur kosong. Suami tiada, minta tolong anak besar kita jagakan pintu ketika anda menyusu bayi. Tak yakin dengan anak kita, mintak tolong adik ipar atau ipar duai wanita kita tolong jagakan. Susah juga nak breastfeed sebab tiada ruang, tiada bilik maka rajinkan diri kreatif dengan pasang tirai wujudkan ruang. Semua itu effort. Minta tolong suami atau adik beradik kita bantu. So many ways untuk capai kepribadian Islam yang murni ini. Bab terpaksa memerap dalam bilik atau mengempeng, cuba fahamkan pada orang lain. Jika tak faham, dugaan kita ya wahai ibu ibu semua. Bukan mudah nak berjihat kecik sebegini. Tapi dengan pengorbanan beginilah lagi berbaloi balasan pahala kita kan.

Ketiga, komunikasi bersama pasangan/suami. Yes ini yang saya selalu praktikkan. Sampaikan hajat kita, kita nak jaga aurat. Mohon bantuan suami kita. Tetapi jangan sampai membebankan suami, sebab isu homestay tu akan melibatkan kos. Kalo kita kaya maybe no problem. Tapi masih ada ruang untuk idea kreatif dalam kita nak menjaga aurat ni. Boleh beli kelambu besar, pakai langsir lama/selimut buat tirai even beli divider macam hospital pun boleh. Saya lihat ramai isteri yang tag atau share artikel tinggal homestay tu pada pasangan tanpa memikir intipati artikel tersebut, Mereka hanya pandang pada tajuk sahaja. Bercakaplah dengan sang suami, insyaAllah dia akan mengerti. Bagi anda yang tidak dapat suami yang memahami, cabaran untuk anda. Tapi anda masih boleh berkomunikasi atau berbincang dengah ahli keluarga yang lain kan? Untuk suami, kita si isteri kena ingat sebab dari pengalaman saya, lelaki ni dia simple minded, so kadan- kadang terlupa atau tidak terfikir. Jadi pesanan saya, berbincang & bercakaplah baik-baik isu ini. Tiap-tiap tahun saya keep remind suami saya. Bukan sahaja isu aurat, tapi kerjasama memasak didapur ketika saya kena jadi chef untuk family besar suami atau menjaga anak-anak sewaktu berkumpul beramai-ramai. Kolabrasi yang baik akan menghasilkan team yang baik. Pak Mak mertua suka, even jadi role model kt adik bradik, couisn, anak buah kan.

Keempat poin saya, dalam kita mengkritik/komen jangan lupa bahawa ia boleh menimbulkan aib membabitkan mak, ayah,mertua, suami atau waris kita. Dalam kite bash atau komen, rupanye ade hati lain yang akan ikut terasa. Tambahan bab isu agama. Saya ambil contoh, kalaulah ayah saya tahu saya balik ke rumah mertua saya tidur ramai-ramai, teruklah saya kena marah atau sebab itu mama saya sediakan bilik untuk kami adik beradik semua sorang satu .Bunyi macam general ayat itu, ataupun tidak menuju kepada sesiapa. Tetapi ketahuilah ayat itu sensitif ya. Ini benar terjadi kerana suami saya tersentap sedikit membaca komen sebegitu. Suami saya bercakap habis tu ayah orang lain ni jahil sangat smpai membiarkan anak perempuan/menantu perempuan tidak dapat bilik. Seorang suami ni terlampau teruk ke kalau tidak dapat stay homestay atau sampai tidak mampu menyediakan segala keperluan ini?Please be creative supaya isu aurat ini dtangani. When you tag/share atau komen, berhati-hatilah ye. Pendapat saya, share artikel seperti tajuk homestay tu ok tapi kurangkan memberi pendapat yang rupa-rupanya akan mengguris perasaan. Suami saya sampai bercakap atau berseloroh, macam lawa sangat atau tak hingin pun aku nak pandang, erkk(maaf ye manusia pun kadang terlepas amarah & egonya).

Kelima, saya ingin bertanya apakah matlamat atau tujuan atau niat kita nak balik kampung beraya? Jika tujuan nak balik kampung sebab nak jmpa mak abah, melepaskan rindu dan mengeratkan silaturahim, please dalam kita menjaga aurat kekalkan niat ini. So much way nak menjaga aurat sambil berkumpul. Kalau la niat di hati balik kampung sebab saje nak menunjuk-nunjuk kejayaan pada ahli keluarga, tayang wife/suami/kereta baru ke atau sebab nak tunjuk anak comel sebab tu lah isu aurat ni jadi perdebatan. Jika hati ini ikhlas nak balik kampung, kita akan usaha supaya mengharmonikan suasana smbil menjaga aurat. Bukan menggunakan isu aurat, homestay, breastfeeding ni sebagai alat /alasan yang menyebabkan niat suci balik kampung ini tercemar.Betulkan balik niat anda. Bak kata suami, setahun sekali jer berkumpul. Bila hati kita positif atau bersih, there will be no hal memakai tudung 24 jam, tiada isu nak salin baju dalam bilik air, tiada isu tiada bilik, tiada isu nak breastfeed anak. InsyaAllah pasti ade jalan lain jika kita permudahkan keadaan. Untuk saya, niat saya balik kampung mertua especially, saya nak suami saya hepi, sebab jika dia hepi sudah pasti dia akan menggembirakan saya dan anak-anak. Niat saya balik kampung supaya mertua saya gembira kerana dari situ dapat shafaat & doa ibubapa. Niat saya balik kampung untung mengeratkan silaturahim sesama saudara,nak kenal sebab saya pun dah ada 4 anak. Jadi apelah sangat berkorban even berlakon baik untuk tempoh beberapa hari itu, paling lama pun seminggu kot berdasarkan kalender cuti 2017 ni.

Keenam, isu homestay/bilik/bilik air sendiri. Poin ni perlu kita berhati-hati. Sebab bukan semua kita/mertua, mak ayah/suami berduit. Dalam memberikan komen, berilah yang bernas. Saya guna semula contoh komen sebab itu mama saya sediakan bilik untuk kami adik beradik semua sorang satu. Mama anda orang kaya, tapi mak saya/mertua saya orang kampung yang kais pagi makan pagi contohnya mana mampu. Pastu gara-gara kamu yang setahun hanya sekali balik kampung, mak pak atau mertua atau suami terpaksa la buat 10 bilik untuk anak-anak jika 10 anak, 6 bilik jika 6 anak, habis tu lepas habis cuti raya bilik kosong tu pn jadi sarang tikus, sarang ular? Logiknya tu dimana? Please respek perasaan yang akan membaca komen anda. Atau ade yang suggest B balik kampung nanti kita cari homestay, sedangkan tak sedar kita dapat balik kampung pun ehsan bonus kerajaan RM500 yang suami dapat. Kalau homestay penuh plak macammane? So tak dapat la kamu balik kampung? Tu belum yang request nak bilik air sorang satu. Saya balik ke kelantan berkumpul rumah nenek suami saya. Cucu yang dah berkahwin dan akhil baligh sahaja dekat 20 orang, belum campur yang lain, MasyaAllah, nenek suami perlu bina hotel bukan lagi homestay la ya. So please beringat kerana isu ini berkait rapat tentang rezeki, maruah serta pendapatan orang. Boleh menimbulkan isu riak atau memandang rendah pada yang tak berkemampuan.

Ketujuh,hadamkan/bacalah/ fahamilah artikel viral pasal homestay itu. Dalamya bukan semata-mata mencadangkan duduk dihomestay, tetapi ada cadangan lain untuk menangani isu aurat ini. Homestay salah satu cadangan sahaja berdasarkan pemahaman saya untuk artikel tersebut. Yang nak dihighlighkan dalam artikel tersebut adalah isu aurat, tanggungjawab suami bagi wanita yang berkahwin,mertua & kesedaran kepada pembaca. Bukan modal untuk berbahas. Sedih saya apabila ada yang mengatakan wanita lembik, tak pandai nak selesaikan isu ini. Gara-gara artikel ini ada yang bergaduh adik beradik, sampai ada yang merajuk tak nak balik kampung bertembung, gara-gara artikel ini ada suami yang pening kepala sebab kos menyewa hotel/homestay, gara-gara arikel ini sepupu sepapat x mesra & paling utama gara-gara artikel ini hati ibu/bapa/mertua kita terguris. Dari kita hendak mengelak dosa, dapat dosa atau tiada keberkatan pula. Islam ini indah, Allah jadikan kita supaya boleh berfikir gunakan akal & bukannya guna perasaan. Artikel itu bagus namun jangan ia menyebabkan anda menampakkan ia sebagai senjata atau memburukkan keadaan. Dalam nak berdakwah, membetulkan perlulah secara berhemah dan bukannya menyakitkan.

Itu tak tambah lagi kalo saya nak ulas isu semasa bile berkumpul seperti isu pedofil, isu bawak orang luar ikut balik beraya,mertua pilih kasih, isu makan bramai, siapa nak masak bila berkumpul, isu mertua jadi hamba/adik ipar tukang kemas, isu menunjuk-nunjuk. Oh ya bagus tau tengok drama menantu bilal, situpun banyak pengajarannya.

Saya ucapkan tahniah buat para wanita yang terbuka dan sudi menjaga aurat tetapi secara berhemah bukan semata mengkritik. Bak kata suami saya, beruntunglah para suami yang dapat isteri yang pandai menjaga aurat, berkorban tanpa mengeluh dalam menjaga aurat serta mampu berkumpul bersama. Apalah sangat pengorbanan tak sampai seminggu ini berbanding pahala kebaikan dalam menjaga sesama kita. Tambahan yang di kampung itu bukan orang lain pun tetapi ahli keluarga kita juga.

Semoga pendapat/luahan saya ini berguna untuk diri saya mahupun sesiapa yang sudi membaca. Maaf atas kekhilafan yang ada.

June83

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *