“Jangan Jadi Batu Api..” Warning Kamal Adli Kepada Siapa Tu? Emma Pula Luah Rasa Sedih

Posted on

Baru-baru ini, hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli dikatakan mengalami masalah selepas pelakon lelaki itu memuat naik status meminta peminat mendoakan yang baik-baik di laman Instagram.

Krisis antara Kamal Adli dan Emma Maembong dikhabarkan berpunca dari kehadiran ‘orang ketiga’ iaitu pelakon Zahirah Macwilson ketika mereka bergandingan dalam drama Duda Pujaan Dara.

Emma Maembong sendiri telah memetik nama Zahirah McWilson apabila ditanya tentang isu ini.

Kemudian, Emma Maembong terus mengunci mulut dan meninggalkan tanda tanya peminat apabila memuat naik status berbaur kecewa, baru-baru ini.

Ini koleksi captionnya yang seperti kecewa dan kesedihan:

“Hurt me with the truth but, never comfort me with a lie

“I respect those that tell me the truth, no matter how HARD it is. One lie is enough to question all truths

“Once you have really hurt someone , it will always be in the back of their mind even if they still have a SMILE on their face

“Sometimes you just have to stay silent because no words can explain what’s going on in your mind and Heart

Sementara itu, pelakon Kamal Adli meminta orang yang rapat dengan Emma Maembong tidak menjadi batu api dalam soal hubungan mereka hingga mengeruhkan keadaan.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Kamal Adli menerusi BH Online, dia sedar ada pihak yang tidak senang dengan hubungan mereka.

Ini penjelasan Kamal Adli:

“Saya harap orang sekeliling janganlah jadi batu api. Kami sudah berbaik dan hubungan ini macam biasa. Masalah antara saya dengan Emma sudah selesai.

“Apa yang berlaku hanya salah faham. Jadi, tak perlu diperbesarkan lagi hal ini. Saya sebagai lelaki cuba perbaiki dan jernihkan keadaan,”

“Macam saya cakap tadi, hal ini sudah selesai. Saya tak mahu komen lagi kerana nanti ia akan berlarutan,”

Semoga hubungan mereka berdua ini baik-baik sahaja. Memang para peminat seperti merestui hubungan antara Emma dan juga Kamal Adli.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *