Jamal, penyokong mahu pertuduhan dikaji semula

Posted on

Ampang: Pengerusi Gerakan Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama sembilan penyokongnya akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula pertuduhan berhubung penggunaan kekerasan bagi menentang pelaksanaan undang-undang di pusat beli-belah Ampang Point, November tahun lalu.

Peguam Datuk Mohd Imran Thamrin yang mewakili semua tertuduh memaklumkan demikian pada prosiding sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memberitahu mahkamah, pihaknya sudah menyerahkan dokumen berkaitan kes berkenaan kepada pihak pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Selain Jamal, 47, sembilan penyokongnya yang turut didakwa ialah Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 22, Hasannen Zikri Harizan, 24, Mohd Faiz Amirul Mahsan, 21, Mohd Yusoff Mohd Sharif, 25, Abd Razak Hassan, 25, dan R Balaguru, 30.

Pada 13 April lalu, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan utama iaitu sebagai ahli suatu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *