Jahanam FAM Tanpa Bantuan Tunku Ismail

Posted on

Selepas Datuk Jamal Nasir Ismai menegur isu kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang ke Johor Darul Ta’zim, tapi hari Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan FAM berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail tidak datang membantu.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hamidin menjelaskan, ia termasuk hutang RM49 juta yang ditanggung FAM ketika ini selain tiada duit untuk tahun depan.

“Sekarang ini ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail). Jika baginda angkat kaki, pastinya syarikat berkenaan yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta, semuanya akan menarik diri.

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400,000, namun Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan lain pula? Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamidin turut menjelaskan betapa gurauan Tunku Ismail yang mengatakan beliau hanya bekerja separuh masa sebagai presiden FAM adalah benar.

Katanya, semua EXCO bukan sahaja di FAM, malah dalam persatuan negeri juga bekerja separuh masa.

“Jadi ia (gurauan Tunku Ismail) memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.

“Baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat? Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’,” katanya. – Harian Metro

loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *