Jaga Diri

Posted on

Jaga Diri

Sangat mengujakan bila kau tahu ada orang sukakan kau. Tapi jaga-jaga, benda ni pun boleh jadi macam penipuan internet yang tengah bermaharajalela sekarang. Aku antara mangsa semua penipuan ni. Siapa aku. Cuma insan biasa. Tapi biar aku ceritakan kisah insan biasa ni dekat korang semua.

Aku masih lagi belajar di sebuah institut pengajian tinggi awam di *****. Aku jumpa mamat nie, masa aku pergi kursus *****. Mamat nie salah sorang coach untuk kursus tu. First impression, aku sangat suka dengan sikap dia. Walaupun kadang rasa macam nak sepak-sepak mamat tu. Sebab overreact sangat. Budak-budak lain pun tak berapa suka jugak dengan mamat ni. Senang cerita aku bagi nama Labu.

Lepas kursus aku tak pernah dah jumpa Labu ni, tapi masa aku semester 2, Labu ni ambil alih tugas untuk jadi jurulatih kami. Kerana terpaksa kami relakan walaupun ramai lah yang kutuk dia dan tak puas hati. Bermula lah sesi perkenalan secara rapat aku dengan Labu. Masa ni aku berjawatan sebagai setiusaha organisasi. Pada mulanya, tugas-tugas korperat semua dia serah dekat seorang kawan aku ni, Gigi (bukan nama sebenar). Kemudian dia mula lah serah tugas yg sepatutnya aku handle.

Kami mula perkenalan secara rapat semasa Perbarisan Kemerdekaan dekat Padang Besar *****. Masa ni aku masih lagi duduk Kolej Kediaman, dan kebetulan masa tu ramai pelajar dah balik. Tinggal aku dengan beberapa orang student jer yang acah-acah berani nak duduk situ, last-last call Boyfriend Gigi, Boy (Masa ni belum ISYTIHAR lagi) mintak ambik sebab aku seram gila nak duduk kamsis. Tambah lagi aku duduk kat tingkat 2, adui memang meremang weyh. Lepas tu aku pun ikut la dorang sampai stesen KTM Rawang ambik Bestfriend aku, Mah. Dan malam tu memang kami tak tidur sebab jam 5.00 pagi dah kena bertolak ke ***** pulak.

Masa nak bertolak tu, kami naik 2 kereta, yang peliknya, Labu ni suruh Boy ikut kereta satu lagi. Kereta tu ada 2 orang perempuan dan 2 lelaki. Lepas tu dia suruh aku duduk depan. Aku pun pelik la, kenapa suruh Boy ni tukar tempat? Kan ke elok ada peneman dia lelaki lagi sorang. Aku jenis tak banyak soal, duduk je la. Sepanjang perjalanan ke Ipoh tu ak teman dia. Berborak semua takut dia mengantuk, tak ke naiya. Berapa batang rokok habis dia hisap semata nak bukak mata drive kereta. Dan bermula la kami rapat 4 orang termasuk kawan aku lagi seorang Lili. Jadi semuanya 5 orang.

Masa ni kami rapat pergi mana-mana sama-sama. Sampaikan aku selalu masuk lewat ke Kolej Kediaman dan masa tu pulak aku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, main culas la sikit. Awal-awal perhubungan dia ajak aku couple, katanya minat kat aku, aku jenis tak layan lelaki mulut longkang macam Labu, mengenangkan dia ni jurulatih dan masih tersisa rasa hormat, aku cakap jer aku tak nak couple-couple, aku anggap dia abang. Dan dia masih berusaha jugak supaya aku jatuh dalam perangkap. Dia cerita la pasal tunang dia meninggal lepas tu duk buat ayat sedih. Aku pun simpati dan akhirnya jatuh dalam perangkap Buaya Darat Mulut Longkang.

Lepas dapat aku, dia mula nak rapat dengan kawan baik aku, yang memang kawan baik dunia akhirat. Dia mula whatsapp, dia mula meluah. Awal-awal aku dapat tahu aku diam. Dan kadang aku persoal jugak. Dah dapat aku kawan baik aku pulak kau nak tibai. Amboi, dasar mamat tak sedaq diri. Masa ni kawan aku dah ad Boyfriend. Aku frust la, tapi masih boleh kawal diri, sebab aku tahu Lili takkan layan Labu Lahanat ni. Tapi yang membuatkan aku tawar hati gila kat dia, whatsapp dia ke Lili.

Labu: Aku sebenarnya takde perasaan kat ******, aku sebenarnya suka kau, dari pertama kali aku nampak kau.

Macam tu la ayat dia cuba nak perangkap Lili. Dan mungkin Allah dah tak nak aku ni terus bergelumang dalam benda tak patut, dia bgi aku nmpak chat diorang, sebab Lili tertinggal smartphone dia kat bilik aku. Aku masa tue rasa sakit hati jer sebab dipermainkan, sob sob. Baru tahu sakitnya berkasih bertepuk sebelah tangan. Tapi aku masih lagi berhubungan dengan dia walaupun jadi macam tu, sebab mungkin aku, entah la, kesiankan dia.

Ada satu masa ni aku keluar dengan dia berdua, waktu malam, and truthfully aku tak pernah keluar berdua jer dengan dia kecuali sebab-sebab tertentu yang aku dah lupa. Malam tu dia drive kereta ke pekan, aku pun ikut la, sembang-sembang biasa la dengan dia tiba-tiba, dia ajak pergi HOTEL! Aku dah rasa lain macam but still in control. Conversation kitaorg macam kat bawah:

Labu: Orang penat ni, kita check in hotel jom. Ambik jela satu bilik. Kamu tidur la atas katil, orang tidor bwah pun takpe.
Aku: Eh, gila ke apa. Buat apa nak gi hotel, penat balik rumah tidor. Rumah ko bukan jauh pun. Dekat pekan jer.
Labu: Malas la nak balik. Balik nanti mak bising. Jom la.
Aku: Tak nak ah!
Labu: ala bukan buat apa pun. Orang just nak rehat jer.
Aku: Tahu tak, lelaki ngan pompuan mana boleh duk satu bilik, nanti benda tak elok jadi. Walaupun kata tidor berasingan, tapi setan tu ad, nafsu tu ada. Kalo jadi benda-benda tak patut macam mana?
Labu: . . . . . . . .

Macam tu la conversation aku dengan labu, dan aku dah berhenti berhubung dengan dia sejak puasa tahun lepas. Aku jadi malas nak kisah pasal dia dan hubungan cinta yang tak menjanjikan Jannah. Aku fokus pada diri aku dan aku mula rapat dengan kawan-kawan baru.

Tujuan aku tulis cerita adalah supaya, adik-adik diluar sana pandai-pandai laa bawak diri. Masa belajar ni la kita diuji Iman, kepercayaan dan amanah yang mak ayah bagi. Jangan tewas dalam nafsu lelaki. Ingatlah akan ada lelaki yang akan layan kita perempuan seperti yang sepatutnya, bukan nya lepas puas tinggal! Hargai la diri kita, dan cintai diri sendiri baru serah diri pada yang sepatutnya. Cerita ni adalah pengajaran hidup aku. Aku harap Labu ni, stop laa perangkap pompuan dalam citer sedih kau. Sedar laa kau tak dapat apa pun permainkan orang dan kau tak handsome macam Jisoo. Kah!

Mystery_Yeoja

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *