Isuisu Di Hari Raya

Posted on

Isu-isu Di Hari Raya

1. Aurat
Banyak isu timbul berkaitan aurat. Kalau balik kampung, bilik tak cukup dan terpaksa berbungkus seharian, maka terima je dengan hati terbuka. Bukan lama balik kampung, sekejap je. Apalah sangat seminggu bertudung litup demi aurat sendiri. Tak salahkan, dapat pahala lagi.

2. Kemas dan tolong menolong
Isu ni isu yang selalu jadi perhatian golongan wanita. Kadang-kala wanita yang ada anak kecil especially 0 tahun ke umur 3 tahun harus selalu pantau anak mereka. Umur begini anak2 terlampau aktif dan bimbang anak anak kecil ni jatuh dalam periuk belanga yang kita guna untuk masak ketupat. Karang jadi masalah lain pula.

Dalam hal ni, boleh minta tolong suami tengok-tengokkan. Tapi kalau si suami tak membantu, keluar lepak dengan kawan-kawan, dan isteri terpaksa jaga sendiri. Ipar duai jangan tuduh si wanita tersebut malas dan nak curi tulang. Kena perhatikan sekeliling sebelum buka mulut dan buat tuduhan melulu. Tak baik tau, berdosa tuduh tanpa soal siasat.

3. Isu anak perempuan bongsu/ tunggal yang kena buat kerja.

Buat je la dik. Mudahan kebaikan awak mendapat pahala dari Tuhan. Sebelum awak jadi anak bongsu yg dibebankan, awak harus fikir masa awak kecil tugas mengemas dan buat persiapan raya jatuh dahulu kepada abang dan kakak awak. Yelah time tu awak kecik, abg dan kakak awaklah yang buat semua tu plus kena jaga awak yang masih kecil. If anak perempuan tunggal, kat sini peranan adik beradik lelaki mmg harus dititik beratkan. Apa pun, selagi beraya anak-anak yang kat rumah harus buat keje sama-sama baru gembira bersama-sama. Jangan lepas tangan. Jangan susahkan orang tua.

4. Orang tua yang merungut perihal anak-anak.

Jadi orang tua pun jangan suka sangat merungut perihal anak lain kepada anak yang lain. Baik tegur secara baik daripada merungut dan hilang berkat ke atas anak tu.
Contoh: baju anak menantu yang dilonggok dalam mesin basuh.

Kadang kala sebagai manusia kita memang alpa. Kita terlupa dan kerana itu ibu bapa harus ingatkan anak-ank. Anak2 pun selalu terlepas pandang. So ibu bapa harus tegur, anak kena lapang dada dan terima hati yang lapang.

Walaupun kita fikir mesin yang basuh, tapi sidai dan lipat still guna tenaga manusia. Ibu bapa jangan sibukkan diri nak lipat lepas tu ibu bapa rasa penat dan mengadu kepada anak lain. Elakkan aura2 negatif dan berterus terang supaya anak tu tak ulang kesilapan sama di rumah mertua.

5. Yang dah bertunang/ berkahwin atau bujang yang nak beraya dengan kawan-kawan

Jangan tinggalkan ibu bapa yang tua demi beraya dgn pasangan, kawan atau tunang. Kesian orang tua kita yang terpaksa susah payah layan tetamu seorang diri tanpa ada yang membantu.

6. Selamat hari raya semua. Ambil yang positif tau.

Anak mak

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *