Isnin cuti umum sempena kejayaan KL2017

Posted on

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 4 September sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa sekali gus mengetepikan juara bertahan Thailand di kedudukan kedua.

“Saya bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak mendapat cuti umum.

“Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang maka dengan ini saya bagi pihak kerajaan kerajaan mengumumkan cuti umum pada hari Isnin ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua atlet negara serta semua pihak yang memastikan kejayaan Sukan SEA ke-29.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *