“Iqbal masih budak untuk jadi calon suami walaupun ibunya restu” – Datuk Seri Vida

Posted on

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Datuk Seri Hasmiza Othman menyifatkan pembantu peribadinya masih “budak” untuk dijadikan calon suami.

“Iqbal masih budak untuk jadi calon suami walaupun ibunya restu” – Datuk Seri Vida

Hasmiza berkata walau ibu Ahmad Iqbal Zulkefli merestui namun tidak mudah baginya untuk menerima pemuda itu sebagai suami.

“Ibu dia restu kerana mengenali Iqbal seorang lelaki yang baik dan penyayang tetapi dia budak.

“Keluarga saya pun takut untuk menerima lelaki dalam hidup saya.

“Saya pula takut untuk berkahwin lagi kerana sudah tiga kali cerai.

“Iqbal pula terlalu muda untuk saya, macam mana?” katanya melalui khidmat pesanan suara kepada ProjekMMO.

Ibu Iqbal hari ini dilaporkan tidak menghalang andai anaknya dijodohkan dengan Hasmiza.

Maznuni Che Yusof, 49, berkata saudara mara sudah mula bertanya kesahihan hubungan Iqbal dan Hasmiza, lapor Berita Harian.

Iqbal, 23, sebelum ini dilaporkan tidak menolak andai jodohnya dipertemukan bersama Hasmiza, 46.

Penyanyi I Am Me yang mesra disapa Vida turut ditanya rahsia didekati lelaki muda.

“Mungkin saya terlalu cantik sebab guna produk Qu Puteh,” katanya berseloroh yang kini sedang menunaikan ibadah umrah.

Sumber: Malay Mail

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *