Industri kewangan perlu terap budaya amanah – Abdul Wahid Omar

Posted on

KUALA LUMPUR: Usaha penerapan budaya amanah berasaskan standard etika yang jitu dlihat penting bagi memastikan masa depan industri kewangan negara yang cerah, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Menurutnya, biarpun sektor kewangan terbukti memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan negara, namun masih ada ruang bagi tujuan penambahbaikan.

“Tindakan memperkukuhkan tadbir urus korporat dan kerangka perlindungan pelabur miasalnya jelas terbukti berkesan untuk membolehkan kita mempertingkat daya tahan ekonomi negara kepada sebarang kejutan kewangan global.

“Ini boleh dicapai jika semua agensi terlibat dalam sektor kewangan memainkan peranan masing-masing iaitu untuk terus kukuh dan menegakkan prinsip amanah serta integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Etika Perniagaan di sini, hari ini.

Menerusi sesi 30 minit bertajuk ”Sumbangan Sektor Kewangan kepada Ekonomi Negara dan Kepentingan Terhadap Reputasi Perniagaan, Abdul Wahid menyifatkan sektor kewangan Malaysia mewakili industri penting yang telah ncatat perkembangan yang pesat.

Ini dibuktikan menerusi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan, dinamisme dan pembangunan Malaysia sejak merdeka, khususnya selepas krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

“Pada masa ini, sektor perkhidmatan kewangan menyumbang sebanyak 6.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara juga telah melebihi US$10,000 pada 2014 (RM34,839) sebelum susut kepada US$9,096 pada 2016 (RM37,738). Ini masih lagi memaparkan kemajuan ekonomi dan sosial berbanding lima dekad lepas yang mana PNK per kapita kita hanya US$300.

“Malah, dari segi kuasa pembelian, PNK per kapita kita juga meningkat daripada US$24,900 pada 2014 kepada US$D26,557 pada 2016,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Abdul Wahid berkata visi sektor kewangan adalah untuk menjadi asas transformasi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan dan bernilai tinggi yang boleh dicapai menerusi perantaraan kewangan serantau dan domestik yang cekap serta berkesan.

Jelasnya, ini secara komprehensif dapat menggerakkan simpanan bagi pelbagai aktiviti pelaburan yang luas di Malaysia dan merentasi sempadan, sekali gus dapat meningkatkan reputasi Malaysia dalam sektor kewangan.

“Kita bernasib baik kerana Malaysia mendapat banyak pengalaman daripada krisis kewangan Asia apabila Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah wajar untuk menerapkan rasa percaya dan keyakinan terhadap sistem kewangan.

“Ini termasuk penggabungan kira-kira 60 institusi kewangan pelbagai saiz kepada 10 kumpulan perbankan besar dengan modal besa serta pengurusan baik yang dipantau dan dikawal selia oleh BNM,” katanya.

Abdul Wahid turut berkongsi pengalamannya selama sembilan bulan menyertai PNB iaitu syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia dengan nilai aset di bawah pengurusannya mencecah RM266 bilion dan pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 13.2 peratus sejak 1981.

Dua pertiga atau RM180 bilion daripada dana itu dilaburkan dalam ekuiti awam Malaysia yang mewakili 10.8 peratus daripada jumlah modal pasaran syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ini termasuk enam syarikat strategik seperti Maybank, Sime Darby, UMW Holdings, SP Setia, CCM dan MNRB.

“Malah ini termasuk banyak lagi syarikat utama yang mana PNB memegang sekurang-kurangnya 10 peratus kepentingan saham atau pada nilai RM1 bilion,” katanya.

Abdul Wahid berkata pda tahun lepas, PNB turut mengumumkan Pelan Strategik 2017-2022 yang bertujuan meletakkan PNB sebagai syarikat pelaburan cemerlang bertaraf dunia.

Ini termasuk melaksanakan 15 inisiatif di bawah tiga tunjang iaitu meningkatkan pulangan mapan, pengurusan pelaburan yang efektif dan memacu kecemerlangan operasi. — BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *