Im A Baker

Posted on

Im A Baker

Assalamualaikum semua. Buat pengetahuan semua, aku seorang baker. Bukan top baker pun, tapi baker kampung je. Ada la sikit buat produk bakery homemade.

Aku just nak luahkan perasaan seorang baker, yang mungkin customer atau orang di luar sana tak faham dan actually tak tahu pun.

1. Bila homemade ni, ofkos kalau customer order, baru kami buat. Jadi stok bahan mentah memang kami tak beli banyak secara pukal. Maksudnya, barang yang kami beli bukan dengan harga borong macam kedai bakery. Jadi, produk homemade normal la harga lebih mahal kan. Jadi, anda sebagai customer tak boleh la harap harga produk kami sama mcm dekat kilang atau kedai bakery besar sana.

2. Resepi. Kami jual produk bakery ni, ofkos guna resepi rahsia. Boleh je kalau kau nak mintak resepi, tapi kalau kami tak bagi, jangan la kata kami ni kedekut ilmu atau apa2 perkataan yg boleh mengguris hati kami. Kami nak dapatkan resepi yang betul2 sedap pun, kami pergi kelas, pergi belajar. Bayangkan la berapa duit yg kami kena laburkan nk masuk kelas. Nk belajar sebijik kek pun kadang smpai Rm250. Dan kau senang2 nk minta resepi. Memang tak adil la cmtu. Kalau nak resepi walaupun utk makan sendiri pun, apa salahnya kau melabur sendiri. Banyak kot kelas PJJ dalam fb ni murah2.

3. Pandai order, pandai bayar, pandai pick up la. Baru2 ni kan raya. Aku ada tengok, ramai rakan2 baker yang lain mengeluh. Ya la, customer pandai order pelbagai jenis kuih raya. Tup2 nak dekat raya, tak datang pickup kuih raya yg depa order. Sedih kot. Berbalang2 berbekas2. Semua tu guna duit modal sendiri dlu. Tak minta deposit, sbb percaya. Bukan org lain tapi customer yg selalu order. Sampai hati buat mcm ni.

4. Nak kek yang deco grand2, tapi bajet ciput. Yang ni la paling kami malas sngat nk berurusan. Sembang gebang nak yang tu, yg ni tapi bila bagitau harga, Haaaa awat mahai sangat?. Habis tu ingat buat kek guna ayaq ja kot

Setakat 4 ni ja kot yang aku nak cakap. Kalau ada yang lain boleh tambah lagi. Minta maaf kalau post ni mengguris hati siapa2. Salam Syawal.

Kak Anie

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *