‘Ikut hati tak mahu pindah’

Posted on

Pelabuhan Klang: “Saya berharap kami sekeluarga boleh beraya untuk kali terakhir di rumah usang ini sebelum berpindah ke rumah baru,” kata Eduar Kadir.

Sebelum ini, kisah Eduar atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Uar menjadi perhatian selepas akhbar ini melaporkan kehidupannya bersama 16 ahli keluarga di rumah seperti pondok usang di bawah jambatan di Jalan Kem, dekat sini, pada 28 Mei lalu.

Pak Uar berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan dua flat di Seri Rantau, dekat sini, dan Flat Rebana di Klang untuk dirinya selain anaknya yang sudah berkahwin.

Katanya, mereka dijangka berpindah dalam tempoh terdekat selepas urusan berkaitan rumah itu selesai.

“Kami sekeluarga malu dan tidak sangka serta terkejut dengan bantuan yang diterima. Kalau boleh memang kami tidak mahu berpindah kerana rumah di bawah jambatan ini pun sudah cukup. Kami percaya ramai lagi yang lebih memerlukan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *