Ibu tunggal sara empat anak dengan upah RM10 sehari

Posted on

KOTA BHARU: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Babong, Sering di sini tidak ubah seperti perumpamaan `sudah jatuh ditimpa tangga’.

Masakan tidak ibu tunggal, Rosilawati Ramli, 37, itu terpaksa memerah kudrat dan keringat membesarkan empat anak selain baru-baru ini diarahkan keluar dari rumah sewanya yang didiami sejak tiga tahun lalu akibat tunggakan bil elektrik.

Menceritakan lebih lanjut, Rosilawati berkata, tunggakan itu disebabkan oleh keadaan kewangannya agak terhad kerana hanya bekerja sebagai pembersih rumah dengan pendapatan RM10 sehari.

“Untuk menyara diri sendiri dan anak-anak saya kadang kala mencari lebihan sisa sayuran dan ikan di Pasar Kedai Lalat, di sini setiap Jumaat sebagai hidangan makan tengah hari atau malam,” katanya ketika ditemui Astro Awani di sini hari ini.

Tambah Rosilawati, dia telah lama berpisah dengan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.

Ujarnya, kesemua empat anak berusia dua hingga 12 tahun itu akan dibesarkan sendiri dengan kudrat yang ada sekali gus memastikan mereka mempunyai pembelajaran yang baik bagi mengubah nasib keluarga.

“Saya ada juga ditawarkan rumah sewa yang baharu tetapi harga sewa amat mahal iaitu RM250 sebulan dengan jumlah deposit sebanyak RM500.

“Mana saya hendak cari duit dan kini saya menumpang di rumah seorang rakan (ibu tunggal),” katanya.

Kisah itu mendapat simpati apabila ditularkan dalam media sosial semalam dan bagi yang ingin menghulurkan bantuan, Rosilawati boleh dihubungi di talian 0137102207.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *