Ibu dua anak sempat selfie sebelum dibunuh kerana lakukan seks dengan lelaki yang baru dikenali

Posted on

SEORANG wanita yang juga ibu kepada dua anak, sempat hantar gambar swafoto terakhir kepada abangnya sebelum dia mati dibunuh oleh lelaki yang baru dikenalinya kerana enggan melakukan seks dengan lelaki itu.

Ibu dua anak sempat selfie sebelum dibunuh kerana lakukan seks dengan lelaki yang baru dikenali

Ibu dua anak sempat selfie sebelum dibunuh kerana lakukan seks dengan lelaki yang baru dikenali

Olga Emelyanova telah dibunuh dengan kejam oleh Rasim Sadykov, 30, selepas mereka berkelah di luar bandar di Salavat, Rusia.

Wanita berkenaan yang telah berpisah dengan suaminya, bertemu dengan Rasim menerusi laman web.

Rasim berjaya dikesan oleh polis selepas gambar swafoto Olga dan lelaki itu dihantar kepada abangnya, Evgeny Andreev.

 

“Saya dibawa oleh seseorang ke satu tempat,” demikian tulis Olga kepada abangnya.

Abangnya kemudian membalas `adakah ke hutan’ dan Olga membalas `ya’.

Dalam siasatan, Rasim memberitahu polis bahawa dia telah mencekik Olga dan kemudian menyembunyikan mayatnya dalam hutan. Mayat wanita itu hanya ditemui selepas enam hari kehilangannya.

Polis dapat mengesan Rasim kerana selepas Olga menghantar mesej kepada abangnya, dia tidak dapat lagi dapat dihubungi, menyebabkan keluarganya menghubungi polis.

Bekas suami Olga, Roman, kini menjaga anak mereka yang berusia 10 dan tiga tahun.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *